Ni resipi doh pizza yang menjadi kegemaran my famili. Topping tu main campak macam-macam ikut apa yang ada.
Bahan-bahan:-
- 2 cawan/500ml tepung berprotein tinggi( tepung roti)
- 160-170ml air
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil dry yeast
- 1/2 sudu kecil bread softener
- 1/2 sudu kecil bread improver
- Masukkan semua bhn ke dalam mangkuk adunan. Uli sehingga tak melekat ditangan. Buat bentuk bulat.
- Sapukan mangkuk dgn sedikit minyak. Kemudian masukkan doh pizza tadi. Tutup mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan doh naik dua kali saiznya.
- Ambik doh tadi. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Buat bentuk bulat. Rehatkan sekejap dalam 5-10 minit.
- Ambik doh dan canaikan sedikit. Kemudian tebar macam buat roti canai. Jgn canai lama-lama nanti roti pizza jadi keras. Tekan-tekan pada bahagian tepinya. Biarkan naik sekejap dalam 5-10 minit. Kemudian bolehlah letak topping ikut suka hati.
- Bakar pizza dengan suhu 190 degree selama 15 minit. Atau sehingga masak.
Untuk sos pizza kali ni try ikut cara Kak Nis/NisaMPB yg dikongsi dimyresipi.com . Sedap bangat. Rasa cam sos pizza ala2 yg pizza hut gitu. Tapi my asben lebih suka hanya letak sos tamato dengan mayonis je sebagai sos pizza.. ehehe kalo gitu lagi sonang den. Tak payah susah-susah buat sos cenggini.
Bahan-bahan ( 10 piza sederhana )
- 1/2 labu bawang besar, dicincang lumat
- 2 tbsp bawang putih cincang
- 1 cawan tomato cincang, buang empulurnya
- 8oz sos tomato
- 6oz tomato paste
- garam
- herba oregano
- lada hitam
- 2 tbsp minyak
- Sedikit air
Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis segala macam bawang yang tertera hingga wangi.
- Masukkan semua jenis tomato, herba oregano, garam & lada hitam. Gaul rata, boleh tambahkan air jika terlalu kering.
- Biarkan sejuk seketika sebelum dioleskan keatas piza. Selamat mencuba.
Emmm..sedapnyer nmpk pizza kak Yani ni..mintak sket bleh..
ReplyDeleteassalam kak....gebus dan menarik pizza tu...sedapnya:)
ReplyDelete