Bahan-bahan ( satu family )
- * 1 cwn air
- * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
- * sehelai daun pandan
- 2 cwn tepung
- 1 sk dry yeast
- 3/4 cwn air
- 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
- secubit garam
Cara-cara
- Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
- Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
- Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
- Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
- Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
- Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.
akak busy lagi ke tu?comel comel.. sedap je ngap ni time suam suam gitu kan...akak, gula merah ngan gula melaka ni sama manis ke kalau sama kuantiti..mana yg lebih manis agak nyer ek..
ReplyDeletesedapnyer apam mkn dengan kelapa parut, huiii terangkat..
ReplyDeleteuiiii mana aci mkn apam sorang2..lontar sini 2,3 ketoi..hehe
ReplyDeleteizah... bz sokmo dgn kerja2 yg x pernah nak abih ni..
ReplyDeletetun.. segala jenis apam ni kalo kena dgn kelapa parut mmg bestkan .. nak2 kelapa parut yg muda lg terangkat..
kak pea.. aci dah balik indialah.. tp takpolah nak amik 2+3= 5 ketoi..