Showing posts with label bagels. Show all posts
Showing posts with label bagels. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

Black sesame bagels

Tayangan gambo yang dah basi. Akhir2 ni kerap sangat permintaan bagels dr org2 dlm rumah ni. Terpaksalah buat ikut selera dorang. Kalau tak makan dengan chicken salad, dorang makan dengan yogurt dan jem. Dalam banyak-banyak resipi bagels, resipi ni yang paling dorang suka.

Black sesame bagels

Bahan-bahan:-
  • 190ml air
  • 300gm tepung roti
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 30gm gula
  • 45gm mentega
  • 1/2 sudu kecil bread improver(optional)
  • 1/2 sudu kecil bread softener(optional)
  • 1 sudu besar black sesame
Cara-cara:-
Boleh rujuk resipi bagel sebelum ni .
Cuma utk kali ni, selepas direbus, permukaan bagels disapu dengan telur+fresh milk kemudian di tabur dengan sedikit black sesame + sesame .

Sandwich chicken bagels 

bagel wif yogurt jam.. ni pun peberet my family

Wednesday, December 22, 2010

Bagels

Hi.. hi semua. Rindu weh lama betul takleh online. Dari petang khamis lepas lagi. Kabel TM kawasan ni telah dinodai oleh kerja-kerja membuat jln keretapi lektrik. Dan baru hari nilah kabel tu pulih semula.

Banyak gaklah gambo2 yg tertangguh utk buat tayangan kat sini. Ni bagels utk orang nak diet.. walaweh.. dlm seminggu beratku berjaya diturunkan sebanyak 0.9kg..

Sandwich bagel wif ayam panggang
Bagels

Bahan-bahan:-
  • 160ml air
  • 20g madu
  • 300gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil bread softener(optional)
  • 1/2 sudu kecil bread improver (optional)
utk rebus
  • sedikit air
  • 1 sudu besar madu/ gula

Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan air atau madu. Uli sehingga doh jadi lembut dan tidak melekat ditangan. Biarkan naik dua kali ganda.
  3. Atau boleh uli guna breadmaker. Masukkan semua bhn2 mengikut urutan dari atas ke bawah. Pilih setting utk doh.
  4. Bila doh sudah kembang 2 kali ganda. Tumubuk-tumbuk doh utk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat utk setiap doh. Tutup dengan tuala lembab dan biarkan selama 10 minit.
  5. Cara membentuknya boleh rujuk gambar dibawah. Selepas membentuk, biarkan bagels kembang 2 kali ganda.
  6. Panaskan oven sehingga suhu 200 degree. dan panaskan juga sedikit air di dalam fry pan or pot... Lebih kurang 2-3 cm ketinggiannya. Masukkan madu ke dalam air tersebut. Bila air mendidih. Masukkan bagels. Biarkan selama 30 saat  dan balikkan ke sebelah satu lagi, dan biarkan 30 saat lagi. Kemudian angkat dan letakkan ke atas dulang oven.  Bakar bagels selama 12 minit atau sehingga masak.

Tujuan letak madu dalam air untuk nampak bagel lebih berkilat.

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails