Banyak blog2 sekarang ni dok tayang segala macam berkaitan dgn durian.. pulut durian la, serawa durian la.. talam durian la.. macam-macam lagi la berkaitan dengan durian ni.
Nih nak nyebok gaklah tayang pulut durian. Masak hujung minggu baru ni. Dah abih dah pun. Yg tinggal sekarang ni hanya tapai ja dok berehat kat dlm peti ais tu. Lebihan pulut haritu, tabur ja dgn sedikit ragi. Jadilah tapai. Dapatlah satu bekas taufufa yg mcm dok jual kat pasar mlm tu..
Tapi pulut durian ni bukan utk orang dlm pantang tau... Dia hanya tukang masak ja. Sib baiklah tukang masak tu bukan antu pulut derian...
Showing posts with label pulut. Show all posts
Showing posts with label pulut. Show all posts
Thursday, April 7, 2011
Monday, February 28, 2011
Pulut Kuning Ekspress
Pulut kuning ni buat utk bekfes ahad lepas. Biasalah kalo hari minggu macam-macam aktiviti nak buat.. kalau takde aktiviti pun kena berebut dgn anak-anak. Pulut kuning ni makan dengan rendang dendeng frozen... ehehe lebihan yg masak arihtu lagi. Telur rebus tu pula dpt dari kenduri jiran sebelah rumah ni.
Resepi asal pulut kuning ekspress dari as75 myr . Sesuai sangatlah kalo nak masak sikit je.. tak perlu susah-susah keluarkan periuk kukus.
Cara-cara
source: as75 myr
Resepi asal pulut kuning ekspress dari as75 myr . Sesuai sangatlah kalo nak masak sikit je.. tak perlu susah-susah keluarkan periuk kukus.
Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
- 2 cawan beras pulut
- 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
- 1 sdt garam
- 1 helai daun pandan
- 1 sdb minyak masak
- Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
- Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
- Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
- Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
- Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian.
source: as75 myr
Labels:
pulut
Subscribe to:
Posts (Atom)


