Showing posts with label tanaman. Show all posts
Showing posts with label tanaman. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Giant Mango

Buah mangga sulung dari pokok mangga yang ditanam. Beratnya 1.89kg.... Apa nama mangga ni entahlah... main beli je..

tengok ni..beratkan..

"wah...beratnyaaaa... "

"Abang Af nak pegang jugak..."

Wednesday, January 12, 2011

My tanaman

Sebahagian pokok-pokok yang berada di belakang rumah.

bendi


pokok jambu yang sentiasa berbuah


pokok kedondong
wpun baru ketinggian paras lutut, sentiasa berbuah.

tanaman di tepi pagar.. 
sampai jemu memakannya.

pokok bunga nasi kerabu( nama lain xtahu ler)
ni pun tanam juga.. senang bila nak buat nasi kerabu kaler biru

my pokok mint.. sedap ni buh dlm laksa penang


Wednesday, December 15, 2010

My Small Garden

Nih gambo pokok yang sama di entry My Small Garden in My Small Kitchen . Bila tengok gambo-gambo ni mesti semua dah boleh teka dengan tepatkan apa nama pokok ni.. Bukan pokok parsley tapi pokok carrot ataupun lobak merah.

Cara tanamnya mudah je, masa nak masak carrot, bahagian atas yang dipotong tu jangan dibuang. Letak bahagian tu ke dalam bekas. Pehtu masukkan sedikit air, jangan banyak sangat. Nanti carrot tu akan jd lembik dan busuk. Pehtu biar jer ler kat tepi tingkap.

Lepas 1-2 hari akan nampak hijau seperti gambar
kat atas ni yg dlm bekas last tu. Kalo air dia kering bolehlah
tambah sedikit air lagi.. tambahlah dari semasa ke semasa.


Dari satu "kepala carrot".. err kepala ke panggilnya.. hentam sajelah labu.. 
Ada yang tumbuh banyak pokok macam yang kat atas ni.


Ada juga yang tumbuh satu pokok je...


Sekarang dah tahukan apa pokoknya.. senangkan nak tanam. 
Tak payah keluarkan duit lain utk buat small garden ni.


My Small Garden in my Small Kitchen

Rileks jap tayang gambo makanan.. tengok gambo pokok pulak.
Sape kenal pokok ni..ehehe.. Nak tanam pokok ni tak payah susah-susah pi cari kat nursery.

3 pasu dah tumbuh tinggi, 
3 kat belakang tu masih kecik amat.


Sunday, October 10, 2010

Kacang botol

Hasil tanaman di tepi pagar rumah. Peberet my family terutama si Along. Dia makan lauk sikit tapi ulam ni banyak sangat. Makan mengalahkan lauk ayam bagai..


Saturday, September 25, 2010

Kacang tanah

Rehat jap dari tayangan kukis.. meh tengok gambo kacang tanah. Hasil kebun dari belakang rumah. Baru cabut pagi tadi... meh ler sape nak makan kacang rebus.. ekeke

Hujung bulan 5 lepas kenkonon beli kacang tanah untuk direbus. Bawa balik rumah terus simpan dalam kabinet dapur. Kenkonon nak letak sekejap je.. alih-alih terlupa terus. Buka-buka kabinet tengok kacang dah bercambah. 

Nak buang dalam tong sampah rasa sayang. Last gali lubang, tanam dalam tanah belakang rumah. Tak sangka pula pokok kacang tu boleh hidup dengan subur walaupun tanpa baja. Sekali sekala time rajin aku pi tanam perut ikan kat pokok kacang tu... tapi tu masa awal-awal tanam dululah.. Pastu terbiar dalam rumput..

Bila cabut pagi ni tak sangka pula pokok kacang tu boleh berisi.. besar pulak tu.. 


Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails