Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Rendang Pucuk Ubi

Amazing ler resipi ni..  First time tengok rendang pucuk ubi ni kat blog Izah . Takleh bayangkan macam mana sedapnya kalau tak cuba sendiri.

Tadi lepas jemur kain, ronda-ronda belakang rumah. Tengok pokok ubi kayu dah besar.. try ler tarik sepokok.. wahlaaa dah besar rupanya ubi kayu. Boleh ler buat kuih petang ni.. pehtu teringat pulak kat resepi rendang pucuk ubi. Apa lagi pantas ler tgn ni memetik-metik pucuk ubi.

Setelah gangguan demi gangguan dari budak kecik akhirnya dapat gak siapkan rendang ni.. pergh memang sodap... tak rugi try. Makan nasi putih dengan rendang pucuk ubi jer dah cukup... boleh bertambah-tambah.


RENDANG PUCUK UBI
by: kak Anim

Bahan-bahan

  • 2 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
  • santan dari 3 biji kelapa atau
  • santan segar rm 4-akak guna 1/2 kg santan.
  • 5 ulas bawang kecil dihiris
  • 2 batang serai ditik
  • Segenggam besar ikan bilis
  • 1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup
  • Garam secukup rasa
  • 2 keping asam gelugur




cara2
  1. sediakan kuali
  2. masukan santan,serai,garam,ikan bilis,bawang,asam keping,garam dan cili api yang telah di kisar
  3. kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana.Bila santan sudah mengeluarkan minyak dan hampir kering baru masukkan pucuk ubi dan kecilkan api.kacau hingga pucuk ubi garing.


Bila boleh masukkan pucuk ubi? Sila lihat di SINI.




Tuesday, May 22, 2012

Jantung Pisang Goreng Rangup

Tak tahu nak buat apa dengan jantung pisang yang lebih setelah buat kerabu, teresek apa semua.. so try ler search kat internet.. Jumpa resepi jantung pisang goreng rangup kat blog AlongRoz dan juga Rabiatun . Apa lagi dengan ringan tangannya try ler buat... pergh memang sedap rupanya. Org dalam rumah ni semua suka. Sekali tengok macam bawang goreng rupanya..


Nih kopipes resipi dari AlongRoz.

By: AlongRoz@HomeKreation 
BAHAN2:
1 bj Jantung Pisang
1 st Serbuk Kunyit
Garam

CARA2:
1. Kopek jantung pisang sehingga bahagian yg lembut sahaja.
Potong2 & gaul dgn serbuk kunyit & garam.
2. Goreng dgn minyak yg dalam sehingga rangup seperti kerepek.
Hidangkan dgn nasi sebagai lauk sampingan.


** sy hiris jantung pisang macam buat kerabu. pehtu tabur sedikit garam, serbuk pati ayam, serbuk kunyit dan juga tepung jagung.

Thursday, November 3, 2011

Kacang Botol Goreng Petis

Kacang Botol Goreng dengan petis/otak udang/ shrimp paste


Bahan-bahan:-
  • 10-15 btg kacang botol
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 biji cili padi
  • 1 sudu besar petis/otak udang/shrimp paste
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • sedikit garam
  • sedikit gula


Cara-cara: 
  1. Basuh kacang botol dan potong kecik-kecik
  2. Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga halus
  3. Panaskan minyak, tumis bhn kisar sehingga garing
  4. Masukkan  petis, kicap garam dan gula. Kacau sekejap.
  5. Padamkan api, masukkan kacang botol. Gaul sehingga sekata..
  6. Siap untuk dihidang dengan nasi panas-panas .. wallaaa..

Monday, October 18, 2010

Kacang botol goreng

Kacang botol goreng dgn pes cili sangai. Caranya senang je.. panas je pes cili sangai tu kat dalam kali. Pehtu buh kacang botol yang dihiris. Gaul sekejap ja.. dah angkat dan boleh dihidangkan.
Resipi pes cili sangai tu ambik kat sini.Kat bawah ni tempek semula resipi dari sana

PES CILI SANGAI
  • 1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan)
  • 2 cawan barang putih ~ (1 labu)
  • 2 cawan bawang merah ~ (9 biji) - sy guna bwg yg siap goreng
  • 1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
  • 1/4 cawan air asam jawa pekat
  • 1/4 cawan gula melaka ~( 1kpg nisan)
  • 1/4 cawan sos ikan
  • 1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)
Cara-cara:-
  1. Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
  2. Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
  3. Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
  4. Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
  5. Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
  6. Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
  7. Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.

* yg dlm kurungan tu sukatan org sana buat.. sy buat ikut sukatan asal.. wat stok banyak2 simpan dlam peti ais.
* utk bwg merah tu sy guna bwg goreng yg dah siap (kes terlampau ghajen dan nak kejar masa ehehe).

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails