Showing posts with label minuman. Show all posts
Showing posts with label minuman. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Sour Cherry Tea

Dah hampir seminggu tuan rumah duk hidang tetamu dengan Calzone, ari ni baru tuan rumah nak hidangkan teh turki. Hehehe baru ler lengkap hidangannya ala-ala Turki gitu. Sour cherry tea.. last stock tea yg my partner bawa balik from Turki.

Sekali pandang tak mcm rupa teh. 
Nampak macam air ceri tapi bila minum baru ada rasa tehnya.


Thursday, June 23, 2011

Air tembikai limau soda

Bahan-bahan:-
  • 2cwn isi tembikai - dibuang bijinya
  • 1cwn air
  • 1cwn aiskrem soda
  • ketulan ais secukupnya
  • 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi - ambik jusnya
  • 1-2 sudu besar gula- kalau tembikai kurang manis
Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender. Kisar sampai halus.
  2. Tuang ke dalam gelas. Siap untuk diminum..

Sunday, April 17, 2011

Roselle

Jus dan jem roselle ni guna roselle yg dipetik dari belakang rumah. Yumm.. yumm.. yummyyyy... jemput makan semua..........



Senang ghupenya nak buat jus dan jem roselle ni. Hanya perlu rebus kelopak roselle dengan air dan gula. Lepas tu kelopak yang dah direbus boleh di-blend untuk hasikkan jem.


Layan dirilah yer... dak kecik nangis ler pulak dah..


Friday, December 10, 2010

Coffee ice blanded

Air coffee yang tak abih ditransformasikan jadi Coffee ice blanded.


Kalo ada air coffee yang tak abih diminum masa breakfast tu boleh dibekukan. Pehtu time tengahari keluarkan air coffee tadi then masukkan dlam blander. Tambahlah fresh milk sikit cukup sekadar blender kita tu boleh pusing. Blendlah sampai smooth. Pehtu rasalah.. kalo kurang manis boleh tambah susu pekat sikit. Dah siap blend tu sumer boleh tuang dalam gelas. Pehtu doklah kat kerusi sambil goyang-goyang kaki minum coffee ice blanded ni.. Nak bagi nampak menarik boleh tabur chocolate rice sikit dan hiaslah dengan daun mint.

Tuesday, July 6, 2010

Watermelon smothie


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 500g tembikai
  • 200ml susu segar
  • 100ml plain yogurt
  • 3 sudu besar gula
  • sedikit hirisan tembikai utk hiasan
  • sedikit chocolate chips utk hiasan
  • Daun pudina utk hiasan


Cara-cara
  1. Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
  2. Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
  3. Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails