Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Happy Birthday

Happy birthday to my Tukang Kebun ... :D

mesin rumput belakang rumah

peminat setia Tukang Kebun


 red velvet cake from his opismate aka tauke bayu delights

 so yummy... nak nak dpt mkn kek free camni 

Errr mana pulak kek dari isteri terchenta??? TAKDAK... kat rumah takde stok butter .. Ahak boleh tak terima alasan macam ni ... :p

Happy Birthday for my husband and my true love! 
I wish that your demand for my love is never ending!

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidifitri
kepada semua muslimin dan muslimah 
tak kira di mana jua berada dan semua pengunjung blog khasnya.

Ampun Maaf dipinta andai ada tersalah silap secara disedari atau tanpa disedari
dalam mana-mana entry sepanjang blog ini diwujudkan.
Dan yang pasti ada komen-komen yg ditinggalkan 
tidak berbalas. Ampun maaf juga dipinta.



Tulus Ikhlas
-yani-

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam tak kira di mana jua berada terutamanya buat semua TETAMU blog ini. Semoga puasa kali ini lebih baik dari yang sebelum- sebelumnya... Insya Allah


Saturday, February 25, 2012

Happy Birthday to Me

"Happy birthday to me.., 
Happy birthday to me.., 
Happy birthday to me..,
 Happy birthday to me..,".....

Takde kek or cupcake or apa saja yang sewaktu dengannya untuk tahun ini.. Tuan rumah masih dalam proses mendietkan diri.. melaksanakan azam tahun baru... 
Masuk saja tahun baru terus bermula proses mengurangkan berat badan. Selepas bersalin bulan 3, 2011,  selepas abih tempoh pantang berat hanya turun sehingga +-60kg. Huhuhu memang overweight sangat dengan ketinggian yang cenoet je..
Alhamdulillah setakat hari ni berat dah +-4kg berjaya dikurangkan.

My berat badan dan kandungan lemak sehingga hari ini..


BMI dah terkeluar dari kategori overweight..  alhamdulillah

Alamak my body age.. 43yrs.. uhuhu tuanya dari usia sebenar



psstt... tuan umah minta maaf... byk komen2 utk entry sebelum ni x sempat dibalas.. Tuan umah minta undur diri dulu ye...  Ada masa nanti tuan rumah akan kongsikan tips utk menurunkan berat badan pulak.. ;)

UPDATE!


Buka-buka pintu rumah, nampak tulisan ni kat porch kereta... my dotter suka sgt buat surprised gini. Thanks my dear.. and thank you juga sebab belanja pizza walaupun berkongsi bayar dengan papa...

Thursday, September 8, 2011

Salam Aidilfitri

Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua kawan-kawan muslim dan muslimah tak kira di mana jua berada. Uhuhu hari ni dah 10 Syawal baru nak buat ucapan. Sebelum balik kampung aritu tuan umah bertungkus lumus menyiapkan kukis raya sampai tak dan nak buat entry khas sempena Hari Raya yang mulia ini.



Di bulan yang mulia ini tuan umah minta ampun dan maaf daripada semua kawan-kawan blogger . Manalah tahukan sepanjang berblog ini ada terkutuk ke.. terkata ke.. sehingga ada yg terkecil hati ke dgn tulisan tuan umah yang tak seberapa ini.

Sekejap je masa berlalu.. esok dah hari jumaat.. lusa sabtu... sure banyak open house sana sini. So kepada semua SELAMAT BER-OPEN HOUSE.......

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua umat islam tak kira di mana jua berada terutama kepada pengunjung "umah" ini. Minta maaf tuan umah tak sempat nak create kad tomey..tomey daa.. Komen2 sebelum ni pun tuan umah tak sempat balas.. minta ampun ye semua..

Kat bawah ni ada kad dari AlongRoz. Thanks ye kak..


Friday, June 17, 2011

Happy Father's Day

Happy Father's Day untuk semua bapa-bapa tak kira di mana jua berada. Setiap kali hari bapa kami pasti teringat lagu ni yang dinyanyikan oleh Aina utk papanya sempena father"s day tahun 2007 yg lalu.. Ketika ini umurnya baru 5 tahun.

Tuesday, May 24, 2011

Velvet cake & besday boy

"Happy birthday to you
Happy birthday to you... "

Velvet cake utk besday boy semalam... Terpaksa dua kali buat kek ni. Kek yg first buat tu warnanya jadi ke arah kaler pink. Red colouring yg beli dr kedai bakery tu jd kaler pink ler pulak.. ke depa ni salah letak label.. yg pink pi tempek label kaler merah. Kalau buat utk besday girl hentam je guna kek tu . Warna dia not bad cantik je.

Utk kek ke dua tu guna red colouring yg brand nona.. baru ler jadi betul2 merah.

Ini ler deco cake utk besday boy yg entah apa2. Haha tak kisahlah yang penting dia suka.











Resipi kek baldu merah ni hasil skodeng blog Secubit Garam . Tak leh nak membebel panjang2.. so kak minta ijin kopipes resipi yer..

RED VELVET CAKE
source : Rima
source : Kak Nor
Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar - i reduced it to 80g
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream

utk cream cheese frosting  sy guna resipi ni..
250g cream cheese
50g butter
100g icing sugar


Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.



Ni ler kek yg mula-mula buat tu.  Abaikan benda2 yg bersepah2 kat belakang tu.. Ambik gambo ni lepas bekfes pagi tadi.. Lepas semua dah berangkat ke sekolah dan pi kerja.

Tengok dlm gambo ni tak nampak pulak kaler pink. Kalau yg betulnya memang nampak. Nak nak masa mula-mula siap bakar.


Kek ni makan tanpa cream cheese frosting pun sodap...

















Thursday, May 19, 2011

Belated bday

Uhuhu lamanya tuan umah dok tayang kek cekelat sampai berkulat pun kek tu.. oklah ni ganti gambo baru. 17hb lepas besday Aina yang ke 9.. uhuhu dah besar anak daraku.

birthday girl


Ni pulak besday kek hasil keras tangan mamanya. Buat kek ikut apa yg ada kat rumah. Macam mana ler boleh terlupa beli butter masa gi shopping arihtu... sib baik jumpa resepi buttercream yg hanya guna krimwell kat myresipi.com.. gula aising pun hanya ada separuh je.. so hentam sajalah labu..

Resipi buttercream 
source: loveliana myr

Bahan-bahan:
  • 250gram Creamwell
  • 500gram icing sugar. ayak halus
  • flavour secukupnya
Cara-cara
  1. pukul creamwell sampai kembang 2x lipat dan putih
  2. masukan icing sugar sikit2 dan pukul lagi, slow ajerr
  3. apabila icing dah siap.bagikan kepada 2 bagian. 1 bagian tambahkan dengan 1 sudu makan dark choc powder dan 1/2 sudu teh nescafe.dan pukul lagi sampai sebati
  4. 1 bagian lagi warnakan dengan colour yang disuka. icing siap utk dibuat hiasan


Resipi Kek Span
Bahan-bahan( 18cm )
  • 70g tepung gandum
  • 20g tepung jagung
  • 3 biji telur ( A size)
  • 90g gula kastor
  • 20g minyak masak
  • 20g susu segar
Cara-cara
  1. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree. Ayak tepung gandum dan tepung jagung.
  2. Dalam mangkuk, pukul telur dan gula sehingga gebu.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak. Kacau.
  4. Kemudian masukkan minyak dan susu segar. Kacau rata.
  5. Masukkan adunan ke dlm loyang. Bakar selama 30-35 degree.

Tuesday, April 12, 2011

Poskad dari Finland

Poskad dari orang jauh nun di sana.... Thanks Nieza and Selamat Ulang Tahun Pertama Berblog.

Saturday, February 26, 2011

Happy Birthday

Happy birthday to me and my friends toooooo... Muaahh untuk Kak Nor dan Kak Pea. Kedua-dua kakakku ini dari siang lagi dok gantung birthday card kat rumah dorang tapi aku baru nak gantung malam ni.. Maklum ler mak buyong lah katakan... jalan pun semput sket..


Baru jap balik dari rumah kak Nor... wah tak sangka kakakku ini pun buat red velvet cuppies jugak.. Cuma resipinya yang berbeza. Emmm mungkin kami dilahirkan pada tarikh yang sama, jadi citarasa sikit sebanyak hampir sama.. Teringat pula masa bujang dulu.. my housemate tarikh dan tahun lahir dia pun sama.. Nama pun hampir sama... yang bezanya 2 huruf dibelakang..iaitu t dan n. Citarasa kami hampir sama.. Yatt.. hepi bday to youuuu...

Ni my red velvet cuppies yg buat ptg tadi khas utk diri sendiri... resipi dari myr . Cuma utk topping tu hanya guna buttercream je.. Sebenarnya dah lama tengin nak buat red velvet ni cuma tunggu hari yang sesuai jer...


Sebelum tido.. gantung dulu bday card dari kenkawan... terima kasih ye semua..


Dari Kak Nor

Dari Hani



Oppppsss lepas post baru perasan.. dah masuk hari lain daaaaa....
Apapun sekali lagilah nak wish pd my friends.. Kak Nor & Kak Pea... Happy Belated Birthday...

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru - 2011

Selamat Tahun Baru semua...
Wah lamanya mama kita tak apdet blog dia ni. Minggu lepas dia sibuk sebab Tok Ma dan Tok Bah kita datang.

Hari ni kakak dan Along kita dah start sekolah. Sunyilah tanpa mereka. Nasib baik ada kita temankan mama kita kat rumah. Selamat Kembali Ke Sekolah untuk kakak-kakak dan abang-abang kat luar sana tu.

Nanti bila mama kita free dia akan tayangkan makanan yang dia masak untuk kita. Kita ni kuat makan tau...

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Salam Aidiladha buat semua muslim dan muslimah yang datang berkunjung ke blog ini. Mana-mana komen yang tak sempat dibalas minta ampun banyak-banyak..

Sempena raya ni tuan rumah tak masak apa pun hanya ketupat serunding ni je.. jemputlah makan..


Tadi my abang call tanya tengah buat apa. Bila gitau tengah wat ketupat dia macam tak caya je.. hahaha mesti dia fikir biar betul adik aku ni tak pernah pernah pun dia buat ketupat.

Pastu siap bungkus ketupat tu, call pulak my kakak.. Dalam dok sembang2 tu cerita kat dia buat ketupat.. hahaha dia pun tak caya gak.. dia ingatkan gurau je..

Hehehe tak pernah-pernah aku buat ketupat.. hari ni try ler buat sendiri. Resepi pulak main hentam ja lah... ingat-ingat lupa masa dok tolong mak aku buat dedulu tu.. tu pun zaman aku remaja lagi.. La ni mak aku dah retire dari buat ketupat ni.. Nak makan beli je yg dah siap.
ketupat yg siap dibungkus tapi belum direbus

 jom makan !

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan


Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails