Wednesday, October 17, 2012

Rendang Pucuk Ubi

Amazing ler resipi ni..  First time tengok rendang pucuk ubi ni kat blog Izah . Takleh bayangkan macam mana sedapnya kalau tak cuba sendiri.

Tadi lepas jemur kain, ronda-ronda belakang rumah. Tengok pokok ubi kayu dah besar.. try ler tarik sepokok.. wahlaaa dah besar rupanya ubi kayu. Boleh ler buat kuih petang ni.. pehtu teringat pulak kat resepi rendang pucuk ubi. Apa lagi pantas ler tgn ni memetik-metik pucuk ubi.

Setelah gangguan demi gangguan dari budak kecik akhirnya dapat gak siapkan rendang ni.. pergh memang sodap... tak rugi try. Makan nasi putih dengan rendang pucuk ubi jer dah cukup... boleh bertambah-tambah.


RENDANG PUCUK UBI
by: kak Anim

Bahan-bahan

  • 2 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
  • santan dari 3 biji kelapa atau
  • santan segar rm 4-akak guna 1/2 kg santan.
  • 5 ulas bawang kecil dihiris
  • 2 batang serai ditik
  • Segenggam besar ikan bilis
  • 1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup
  • Garam secukup rasa
  • 2 keping asam gelugur




cara2
  1. sediakan kuali
  2. masukan santan,serai,garam,ikan bilis,bawang,asam keping,garam dan cili api yang telah di kisar
  3. kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana.Bila santan sudah mengeluarkan minyak dan hampir kering baru masukkan pucuk ubi dan kecilkan api.kacau hingga pucuk ubi garing.


Bila boleh masukkan pucuk ubi? Sila lihat di SINI.




9 comments:

  1. Asslmkum Kak Yani.
    Memang dah lama teringin nak buat rendang pucuk ubi. Hari ni nampak pulak rendang ni kat sini..Fuhh..lagi la terasa teringinnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.... cepat2 cari pucuk ubi.. rugi tak try ooo

      Delete
  2. assalamualaikum..
    nak wat rendang pucuk ubi, mmg senang.. tapiiiiiiiiiiiii.. nak nunggu kering tu.. omakkkaii, berjanggung gak.. hehehehe.. tapi yg pasti.. sedappp... makan ngan roti sedap gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try mkn dgn roti..mmg sedapla... ala-ala serunding gitu

      Delete
  3. betul2.. nak tunggu kering tu mmg banyak gangguan oleh makhluk kecikk.. hahaa... tapi berbaloi bila dah suap dlm mulut.. perghh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2x... akak 2-3 kali tutup api setiap kali ada gangguan.. takut terhangus..

      Delete
  4. salam yani, memang best rndang pucuk ubi nih, kalo btol keringnye bleh thn beberape hari. tp..slalunye x smpt smpai esok pon, dok asyek mgulang jer..hehe. rendang pucuk paku pon sdp gak.. yani dh prnah try ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendang pucuk paku??? wah menarik jugak ni.. nnt nak try la

      Delete
  5. Assalam Pn Yani @ pemilik blog decochoco. Minta izin den posting kek sini.

    Kpd mrk2 yg b'minat utk mendptkan prdk Rendang Pucuk Ubi yg harum, enak, garing serta menyentap selera, sila layari fanpage https:://facebook.com/RendangPucukUbiBonda

    T,kash daun keladi diucapkan kpd Pn Yani, Slmt menyambut bln Ramadhan Al-Mubarak, 1434H

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails