Friday, October 19, 2012

Mango Crepes

Orang lain tengah  hot dengan durian crepes.. oleh kerana durian takde , kita ganti jer ler dgn apa yg ada..


Crepes
by: Joayee@myr

Bahan-bahan ( 8-10 )

  • 1 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn susu segar
  • 1/2 cwn air
  • 2 biji telur
  • 3 sudubesar minyak masak atau butter cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • filling option 1:
  • Cheddar cheese + can mushroom + can tuna
  • filling option 2:
  • pisang + nutella atau cokelat sos & makan bersama fresh cream
  • filling option 3:
  • lemon + gula

Cara-cara

  1. Crepe prep:- masukkan semua bahan dalam bekas, kacau sebati. tapiskan adunan untuk lebih licin dan lembut. Perap 30-1jam dlm fridge.
  2. panaskan pan crepe atau kuali leper yg besar. sapu sedikit minyak. masak crepe selama 2-3 min. ulangi process hingga semua bancuhan habis. Crepes yg dah masak boleh letak bertindan, insyaAllah tak melekat. tutp dalam cling film , simpan dalam fridge sehinga 3 hari. Atau bole juga simpan dalam freezer.
  3. Serving:- Panas pan, sapu dengan butter. letakkan sehelai crepe, ratakan filling. Lipat 2. Sapu butter lagi. Lipat lagi untuk bentukkan 3 segi. Hidang panas2.
  4. note: kalau suka yg garing, sebaikknya prepare kulitnya sehari awal. dan juga masak lama skit masa taruk filling . 

Mango Filling
by: Deco Choco

Bahan-bahan
  • 200ml whipping cream
  • 2-3 sudu besar gula kastor
  • 1 biji mangga - potong dadu

Cara-cara:
  1. Pukul whipping cream dengan gula sehingga kental.  Masukkan mangga, gaul rata. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
  2. Isikan filling ke dalam crepes. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum dimakan.



8 comments:

  1. ubah suai yer.. mesti sedapkan manggo masam² manis...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    betul tu.. skrg ni kecoh pasal sedapnya durian crepe.. manggo crepe pun nampak sedap.. kan.. :) tak penah makan lagi..

    ReplyDelete
  3. WOW...MANGO CREPE akak lg menawan la dari sy...hihi jom singgah versi sy lak http://cakesnjoy.blogspot.com/2012/10/mango-creepe.html

    ReplyDelete
  4. creative la kak yani ni.. saya dah muak mkn durian crepe ni sbb kat SG ni dah lama dah jual.. bookmarked resepi ni :) tq share!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke... agaknya gelombang durian crepe dari Spore telah bergerak ke Msia..

      Delete
  5. akk x prnah buat lg yg namenye crepe nih, yg akk tau buat lempeng jer..hehe. nmpak menawan sgt crepe yani tuh, memang menggamit hati utk mencuba..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails