Tuesday, October 2, 2012

Kek Coklat * Gateau au chocolat*

Kek coklat yg paling paling simple.. just guna telur dan coklat.  Sape kata takde tepung tak boleh buat kek kan.. Sedap dimkn dengan aiskrim...


Kek Coklat

Bahan-bahan(18cm):
  • 300g coklat masakan
  • 5 biji telur 

Cara-cara:
  1. Panaskan oven sehingga suhu 170 darjah celsius. Sapukan loyang dengan mentega.
  2.  Asing telur kuning dan putih.
  3. Cairkan coklat dengan microwave atau guna kaedah double boiler. Masukkan telur kuning, kacau sehingga sebati.
  4. Pukul telur putih sehingga kembang. Masukkan separuh telur putih ke dalam mangkuk coklat tadi. Kacau rata. 
  5. Kemudian masuk semua campuran coklat tadi ke dalam mangkuk putih telur. Kacau rata dengan perlahan-lahan.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar selama 45-50 minit.
  7. Sejukkan sebelum dihidangkan. Kek ini akan turun sedikit apabila sejuk.


9 comments:

  1. Wah! memang simple sungguh kek coklat Yani.. boleh buat bila terdesak ni... terima kasih share resipi kek simple ni ye :D

    ReplyDelete
  2. Wahh kak. Nak kena try ni. Kalo saya masukkan gula, boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intan.. mula2 try tanpa buh gula dulu... akak rasa dah manis tanpa gula. Kalau nak juga letak... Intan letak sikit je ok.. kut termanis sangatlah pulak

      Delete
  3. memang simple buat kek nie...
    boleh try la nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolhlah try time darurat takdek tpg..hihi

      Delete
  4. Wah simple kek nih, cam kek sponge tak sbb pukul putih telur tu kan...nak try la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama dgn kek sponge tp lebih kurang sama dgn kek coklat biasa.. lembab gitu. Bila siap masak permukaan kek tu merekah2..

      Delete
  5. sangat menarik lah Yani.. dulu akk rase pelik bile tengok boleh buat kek tanpa telo.. ni lg la pelik, buat kek tanpa tepung..hehehe..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails