Monday, February 28, 2011

Pulut Kuning Ekspress

Pulut kuning ni buat utk bekfes ahad lepas. Biasalah kalo hari minggu macam-macam aktiviti nak buat.. kalau takde aktiviti pun kena berebut dgn anak-anak. Pulut kuning ni makan dengan rendang dendeng frozen... ehehe lebihan yg masak arihtu lagi. Telur rebus tu pula dpt dari kenduri jiran sebelah rumah ni.



Resepi asal pulut kuning ekspress dari as75 myr . Sesuai sangatlah kalo nak masak sikit je.. tak perlu susah-susah keluarkan periuk kukus.

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
  • 1 sdt garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sdb minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
  2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
  3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
  4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian.

source: as75 myr


4 comments:

  1. wowww..cantk aa pulut ni posing k.yani..
    i likee..
    ada special ke buat pulut yellow neh? hihi

    ReplyDelete
  2. mas tak pernah try lagi masak pulut macam ni...
    boleh try nanti..macam masak nasi lak kan kak..

    ReplyDelete
  3. izah... takde spesel apa ke bendanya.. cuma takde idea nak msk apa pg tu.. intai2 kat myr nampak pulut kuning ekspress.. teringat plak kat esbox ada rendang dendeng.. pehtu ada telur rebus dr kenduri rumah jiran.. Apa lagi semua benda ada.. masak ler pulut kuning tu. Lagipun x pernah lagi masak pulut camni.. tak sangka senang bangat.. Rasa pun sodap je..

    Mas try la.. simple je, sesuailah kalo nak masak sket je utk mkn anak beranak. Tak perlu nak rendam pun pulut tu.

    ReplyDelete
  4. kak yani... zaman2 belajar dulu pun masak pulut kuning dlm rice cooker je.. kalau nk lg cepat, masuk micromave. haha..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails