Thursday, February 17, 2011

Coffee chiffon cake ( Update)

Internet slow yg teramat.. update resipi kemudian............. chow...

***Update :-
Tetiba teringin nak buat kek cipon lepas jenguk blog Rabiatun ..  ahaha ni ler hasil kek cipon yg dibuat semalam. Sape yg nak ada lagi ni.. masih ada seketui dua.




Bahan-bahan :-
  • 5 biji telur
  • 100g gula kastor
  • 100g tepung gandum
  • 45ml susu segar / air
  • 45ml minyak jagung/minyak masak
  • 2 sudu besar instant coffee
  • 2 sudu kecil air suam
  • 1 sudu kecil coffee paste/flavour/emulco

Cara-cara :
  1. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree. Asingkan telur putih dan kuning. Ayakkan tepung gandum. Campurkan instant coffee, air suam dan coffee paste. Ketepikan.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Masukkan separuh daripada gula, pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul pula telur kuning dgn gula yang selebihnya sehingga gebu. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga sebati.
  4. Ambil 1/3 daripada telur putih tadi, masukkan ke dalam mangkuk campuran telur kuning tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk telur putih. Kaup balikkan sehingga semuanya sekata.
  5. Masukkan sebatian coffee. Kacau perlahan-lahan.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan kek chiffon. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan kek dari oven, terbalikkan acuan kek seperti gambar disebelah. Biarkan sejuk.






** Utk perhatian diri sendiri.
Rasa kek ni terpahit sikit. Lain kali kenang kurangkan instant coffee.. tak pun letak 1 sudu besar coffee paste je..


8 comments:

  1. haha..excited saya nak tengok bebahannya...tak pe tungguuu

    ReplyDelete
  2. tergoda betul tengom kek cipon ni...
    perhh..mesti sedappkan..

    ReplyDelete
  3. aduh! Yanie... tergoda sungguh dgn kek chiffon tu... cepat lah tenet... tak sabar nak tgk bahan2nyer tu... nanti ita dok jampi cikit biar cepat cikit tenet ni... fuh! kanan fuh! kiri...

    ReplyDelete
  4. yani, kte pun ingt nk mencipon ari ni tp cipon ade coffee ni mcm menyentuh seleraku plak dah..hehe. sabar menanti resepinya....

    ReplyDelete
  5. haha... excited dah ni.. lama x mencipon. nampaknya kena tunggu yani update resepi dulu lah ye ..

    ReplyDelete
  6. ok dah update.. sape2 nak try resipi ni.. try kurangkan sukatan instant coffee.. emm yg sy buat ni rasa terpahit sikit ler :(

    ReplyDelete
  7. gebuss mulus jer ciffon yani itu...lum pernah mencipon lagi..bila entah ni nak try..

    ReplyDelete
  8. Ida.. gebus mmg gebusss tp terpahit sketlah.. my kid mkn dengan susu pekat manis pulak utk hilangkan rasa pahit.. sib baik kek cipon ni x manis sgt..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails