Monday, February 28, 2011

Pes cili sangai

Dah lama tak buat pes cili sangai ni. Kali ni buat banyak-banyak simpan dlm peti ais mudah nanti cik abe nak guna untuk masak2 time diriku dlm pantang nanti. Pes cili ni sesuai utk masak apa saja.. nasi goreng ke, bihun goreng ke, sayur goreng ke... macam-macam lagilah.. Kalau ikut tuan punya resipi... buat masak tomyam pun sodap..



PES CILI SANGAI (resipi amik dari sini)

  • 1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan)
  • 2 cawan barang putih ~ (1 labu)
  • 2 cawan bawang merah ~ (9 biji) - sy guna bwg yg siap goreng
  • 1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
  • 1/4 cawan air asam jawa pekat
  • 1/4 cawan gula melaka ~( 1kpg nisan)
  • 1/4 cawan sos ikan
  • 1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)

Cara-cara:-

  1. Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
  2. Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
  3. Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
  4. Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
  5. Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
  6. Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
  7. Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.

**** utk bwg merah tu sy guna bwg goreng yg dah siap.
**** cili pula kani ni saya guna yg dah blend. Oleh kerna guna cili yg dah blend, utk step no. 4 tu saya tumis dulu cili blend ni sehingga pecah minyak dah baru letak bhn2 lain yg dah dikisar.

5 comments:

  1. kak yaniiiiii... hehehehe.. wahhh, pes cili tu kalo makan camtu bleh kan? wat cecah ikan goreng ker... :P nak masuk bulan 3 dah ni... tak lama lagik nak meletop kan.. semoga dipermudahkan bersalin nanti. :D

    ReplyDelete
  2. rajin nyer Yani...laaa baru tau nak dpt bb lagiii..Alhamdulillah, bertambah umat..dan semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  3. jiya... mkn macam tu pun sedap juga.. mcm sambal goreng gitu...

    kak pea dan jiya terima kasih... still berdebar2 tunggu harinya wpun kali ke-4 ni.

    ReplyDelete
  4. boleh cuba nih. simpan banyak2 dalam esbok kan :)

    ReplyDelete
  5. cek chun... tryla.. x nyesal rasanya..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails