Friday, February 18, 2011

Homemade Pretz

Pretz utk kanak-kanak ribena buat kunyah petang-petang sambil tengok citer kartun. Sape yang tak tahu apa itu pretz ni ada penerangan dari pakcik wiki.

Pretz (プリッツ, Purittsu) is a Japanese snack made by Ezaki Glico. Like Ezaki Glico's other popular snack, Pocky, Pretz is stick-shaped and comes with a texture similar to pretzels (hence the name). Unlike Pocky, Pretz is dusted with seasonings instead of enrobed in a flavored fudge.

Semalam buat dua perisa.. chicken cheese pretz dan anchovies chili pretz. Dua-dua dapat sambutan dari kanak-kanak ribena...


Di bawah ni resipi untuk buat chicken cheese pretz. Bahan-bahan yang bertanda ( * ) boleh ditukar kepada benda lain mengikut perisa yang nak dibuat. Kalau nak rasa kemelayuan sket boleh letak serbuk kari dan daun kari yg dicincang halus cam buat kuih ciput cedut tu.. ehehe

Bahan-bahan:-
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil gula kastor
  • 100ml air
  • 2 sudu besar mentega/marjerin -dicairkan
  • 2 sudu kecil serbuk pati ayam *
  • 3 sudu besar parmesan cheese powder (grated cheese) *

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi bentuk doh.
  2. Canaikan lebih kurang 1cm tebal. Kemudian potong seperti dalam gambar di sebelah.
  3. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga jadi rangup.


Chicken cheese pretz


anchovies chili pretz


Untuk anchovies chili pretz ni hanya tukar serbuk pati ayam ganti dengan serbuk ikan bilis. Manakala utk grated cheese tu saya ganti dengan 2 sudu kecil serbuk cili -boleh lebihkan kalau nak lagi pedas.

6 comments:

  1. ooo simple tu...boleh la nk try jugak tuk bebudak..

    ReplyDelete
  2. menarik! ibu kanak2 ribena pun suka nih.. izah.. apa kata izah buat lebih skett.. ;)

    ReplyDelete
  3. yani ... ada macam Pretzel Autie Anne tu x? kalau mcm tu mmg anak2 I suka ...boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  4. wow menarikknyee...harus cuba..drpd anak dok makan cikedis merapu yg byk pak aji tuh... tq kak yani

    ReplyDelete
  5. yani nmpk cam senang je kan dan cantik bilala nak sampai seru nak buat ni heheh

    ReplyDelete
  6. kalau celup dgn coklat cair dan sprinkel dgn choc rice lg anak2 suka

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails