Bahan-bahan:-
- 1 kg daging lembu
- 1/2 cawan kicap pekat manis
- 1/4 cawan sos tiram
- 15-20 biji cili kering - dikisar ( boleh tambah jika nak lg pedas)
- 3-4 biji bwang besar - dikisar
- 6-8 ulas bawang putih - dikisar
- 1inci halia- dikisar
Cara-cara:-
- Cuci dan toskan daging. Potong besar-besar. Rebus sehingga empuk.
- Kemudian potong daging nipis-nipis.
- Tumbuk daging sehingga pecah-pecah.
- Gaulkan daging yang ditumbuk tadi dengan kicap dan sos tiram. Perap 1-2 jam. Lagi lama perap lagi sedap. Nak perap semalaman pun boleh. ;)
- Goreng daging dengan minyak banyak sehingga garing.
- Blend bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis bahan blend ni sehingga naik bau.
- Masukkan cili kering, masak lagi sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan daging. Goreng sekejap sehingga daging serasi dengan bahan-bahan tumis tadi. Rasakan daging.. kalau kurang masin boleh tambah kicap lagi.
nampak sedapp la daging dendeng ni kak....
ReplyDeletesiap tunjuk gmbr cra nk buat lagi..
boleh masuk list resepi ni...
kak,suka sgt2 dendeng..bila2 nk cuba..cnp,thanks! :)
ReplyDeleteassalam kak yani,nampak menarikla...boleh cuba ni tapi kalau tak tumbuk boleh tak kak...guna blender jer..:)
ReplyDeleteaduiii kak yani..suke bonar daging niii..nak buat la jugak...nak try sikit dulu...mekasih kak..
ReplyDeleteMas tryla.. mmg sedap dendeng ni...
ReplyDeletehihi saje tunjuk gambo cara nak buat ni sbb dah ramai benar yg tanya mcm mn nak buat dendeng ni lepas mkn yg akak masak.. lain kali kalo ada yg tanya lagi senanglah.. suh dia tengok kat sini..
Deliah & Izah .. kalau suka mkn dendeng elok try resepi ni... simple sgt.. tak payah letak garam atau gula.. cukup dgn kicap sahaja. Sukatan kat atas tu x payah ikut pun takpe.. janji masa perap tu, letak kicap banyak sikit biar nampak hitam2 kat daging tu..
Nieza... emmm susah rasanya kalo x tumbuk.. nanti hancur sgt pulak dgg tu.. hehe mesti nieza takde lesung batu kat sana tu kan.. ni cara lainlah tp rasa dia tak sesedap yg ditumbuk tp bolehlah ... nieza rebus daging tu pakai preassure cooker sehingga betul2 empuk.. sampai daging tu bila dihiris jadi mudah hancur... Hiris2 daging tu terus terus perap je.. x payah tumbuk lagi dah..
tiap2 tahun hari raya mesti buat tapi bukan daging dendeng, rendang dendeng. Caranya agak sama hanya ada tambahan macam serai ngan cili merah ngan air asam jawa. Masak pun lama... Daging ni kalau tumbuk lagi sedap. tak boleh blend laa Nieza. Nanti hancur. Nasib baik bawak lesung dari Malaysia... Faveret seisi keluarga ni..
ReplyDeletecam senang sgt buat..tak cam serunding...kena cuba ni
ReplyDelete