Gambar dari paper Kosmo
dari paper kosmo...
Petikan dari Kosmo Online
Rujukan resipi alam maya
KELAZATAN sesuatu juadah bukan sahaja terletak pada aromanya yang menusuk deria hidu. Ia juga disumbangkan oleh teknik penyediaan, pemilihan bahan dan ramuan serta cara persembahannya di atas pinggan.
Sajian yang menyelerakan itu tentu memberi kesan dalam kalangan para penggemar kulinari dan juga mereka yang berani mencuba apa saja jenis makanan.
Segalanya mungkin mudah bagi yang sudah biasa di dapur dan mempunyai kemahiran memasak yang diwarisi sejak kecil. Namun, bagi yang baru hendak belajar atau ingin mengetahui tentang resipi tertentu, mereka pasti akan merujuk kepada buku-buku resipi atau laman web.
Antara banyak muka surat maya mengenai resipi yang dekat di hati peminat negara ini adalah laman web MyResipi.com.
Kaya dengan senarai resipi tempatan dan antarabangsa, pembangunan laman web itu adalah hasil kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Ia merangkumi pelbagai resipi mudah dan menarik yang kebanyakannya dikongsi oleh golongan suri rumah.
Pengasas MyResipi.com, Dr. Bakhtiar Affendi Rosdi, 36, berkata, dia telah membangunkan laman web berkenaan pada tahun 2006 untuk isterinya ketika melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Tokyo, Jepun beberapa tahun lalu.
“Idea untuk membangunkan laman web ini lahir apabila isteri yang mengikuti saya ke Jepun gemar mencari resipi-resipi menarik di alam maya.
“Bagaimanapun, saya mendapati tidak banyak laman web resipi di Internet memberi ruang kepada pengguna mengutarakan pendapat atau komen apabila mencuba resipi-resipi itu,” katanya.
Justeru, Bakhtiar telah membangunkan laman web resipi yang memberi peluang kepada pengguna mengutarakan pendapat dan memuat turun gambar hasil resipi mereka.
Pada mulanya, hanya isteri Bakhtiar yang aktif menggunakan laman web tersebut tetapi lama-kelamaan ia mendapat sambutan daripada orang ramai terutamanya golongan suri rumah di perantauan.
“Apabila pulang ke tanah air pada tahun 2007, MyResipi.com semakin dikenali dan mempunyai ribuan pengikut.
“Disebabkan saya terlalu sibuk dengan tugasan harian dan kos yang semakin meningkat tinggi, saya bercadang untuk menutup MyResipi.com pada tahun 2009,” ujarnya.
Ramai pengikut
Bagaimanapun, katanya, seorang rakan yang dikenali melalui Internet telah menyarankan agar laman web tersebut diteruskan kerana mempunyai pengikut begitu ramai ketika itu.
Bakhtiar menambah, dia telah membuat keputusan menyerahkan pengendalian laman web berkenaan kepada rakannya, Md. Hisamudin Ahmad, 32, demi pengikut setia MyResipi.com.
Md. Hisamudin yang mula mengendalikan laman popular berkenaan pada tahun 2009 berpendapat bahawa MyResipi.com yang mempunyai ribuan pengikut tidak perlu dikuburkan begitu sahaja.
“Maka, saya telah memberitahu Bakhtiar tentang kesanggupan saya meneruskan MyResipi.com. Para pengguna bukan sahaja boleh mendapatkan resipi malah dapat berkongsi pengalaman mereka melaluinya.
“Saya telah melakukan beberapa perubahan terhadap program laman web berkenaan untuk memastikan ia tidak mengalami masalah tersekat atau skrin pegun berikutan terlalu ramai menggunakannya,” kata jurutera penyelenggaraan itu.
Tambahnya, sehingga kini terdapat kira-kira 8,000 resipi beraneka jenis ditawarkan dalam laman web yang dibangunkan menggunakan aplikasi Ruby on Rails itu.
Katanya, resipi yang terdapat di laman web tersebut terbahagi kepada beberapa kategori seperti ayam, kuih-muih, ikan, laksa, nasi, roti, sup, sayur, mi, telur dan makanan Barat.
“Kandungan laman web ini disampaikan dalam bahasa Melayu dan mudah difahami oleh pengguna.
“Lebih menarik, resipi yang dimuat naik dalam laman web ini dilengkapi penerangan tentang ramuan dan cara penyediaannya. Bimbingan itu memudahkan resipi tersebut diikuti dan dimasak mengikut selera orang yang mencubanya,” terang Md. Hisamudin.
Antara resipi popular yang mendapat sambutan daripada penggemar makanan ini adalah nasi ayam, kek batik biskut Marie, ayam masak merah dan banyak lagi.
Dalam pada itu, Md. Hisamudin memberitahu, terdapat kira-kira 60,000 ahli berdaftar yang menggunakan MyResipi.com untuk berkongsi pelbagai aneka jenis resipi.
Menurutnya, laman web berkenaan tidak terbatas kepada penggemar masakan. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya malah tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai ahli.
Berkongsi pengalaman
“Ia menjadikan laman web MyResipi.com lebih menarik kerana pengguna bukan sahaja dapat mencuba aneka resipi, bahkan menghantar komen serta gambar untuk tatapan umum.
“Dengan cara ini, ia dapat memberi ruang dan peluang kepada pengguna yang telah mencuba resipi untuk bersama-sama berkongsi mengenai pengalaman dan rasa masakan tersebut,” kata Md. Hisamudin.
Melalui konsep perkongsian itu juga, MyResipi.com menjadi medium terbaik bagi merapatkan komuniti maya yang sering bertemu secara dalam talian. Mereka bebas bertukar pendapat dan dalam masa yang sama mengeratkan hubungan persahabatan.
“Mengikut statistik semasa, sebanyak 94 peratus pengunjung laman web ini terdiri daripada pengguna wanita manakala selebihnya adalah lelaki.
“Kebanyakan pengguna yang menggunakan laman web ini pula terdiri daripada mereka berumur 25 hingga 34 tahun,” katanya.
Laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat itu bukan sahaja digunakan penggemar masakan di Malaysia, malah mendapat sambutan daripada mereka yang berada di luar negara.
Antara catatan statistik mengenai trafik pengunjung laman web itu adalah dari negara seperti Singapura, Brunei, Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Indonesia, Australia, New Zealand, Arab Saudi dan Qatar.
Md. Hisamudin menambah, dia bercadang untuk membukukan resipi-resipi di dalam laman web berkenaan jika mempunyai peluang dan modal.
Katanya, dia ingin memberi peluang dan penghargaan kepada penyumbang-penyumbang setia resipi di dalam laman web tersebut.
“Ia sekali gus dapat memberi pendapatan tambahan kepada para penyumbang resipi ini.
“Saya mendapati terdapat beberapa pengguna yang menggunakan resipi di dalam laman web ini untuk memperoleh pendapatan sampingan untuk menyara kehidupan mereka,” katanya yang segera mahu merealisasikan impian itu.
Tahniah Yani, walaupun org lain dah amik alih..tp bagi kami nama Yani dan hb memang dah sebati dgn MYR. Kami pun turut tumpang gembira..sebab dgn adanya MyR, kami dpt ramai kenalan..dan ada juga yang dah buat bizz. Hidup MyR..
ReplyDeleteTahniah Yani...
ReplyDeleteMyResepi merupakan GURU akak...
Bukan shj dpt bermacam2 resepi, juga dpt menambah kenalan...
Yanii.....rasa bangganyaa sayaaaa...apa2 yang berlaku pada mat gebu pun bermula di MyResipi kann..Thaniah My resipi...
ReplyDeletesegalanya bermula di situ.... tima kasih lagi skali dan tahniah my.resipi
ReplyDeleteTahniah Yani & Myresipi. Bak kata Cik Mat and Hana, semulanya bermula di situ. Kalau takde MyResipi dan gang2 ahli forum, takde sape baca blog I and masih tak pandai lagi masak masakan melayu :-).
ReplyDeleteTerima kasih tak terhingga!
tahniah myresepi.....
ReplyDeletefirst time mas jumpa resepi diinternet ialah dimyresepi....
myresepi terbaik sekali....mas suka...lapp u..
Tahniah dari kita...
ReplyDeletedgn MYresepilah saya mula belajar masak...
tumpang bangga..hehe..tahniah kak yani
ReplyDeleteTahniah Yani...akak tumpang gembira...dulu2 sblm berblog, MyR lah hari2 akak tatap untuk hidangan keluarga, penuh kelainan, penuh ilmu dan tips....Tahniah sekali lagi buat Yani mula2 menerajuinya...
ReplyDeletetahniah kak yani.... banyk sumbngannyerrr
ReplyDeleteterima kasih pada semua ya..
ReplyDeletetahniah sekali lg dr k.nor.. betul2 segalanya bermula di myr.. mmg banyak jasa myr.. rindu betul suasana yg dulu2 :)
ReplyDeleteaik dah ada gambar fendi ya.. yg dlm onlie tak ada kan
tahniah kak yani..kita pun lama dah minat myresepi..2007 lagi..ingt lagi member2 kt forum sana..pastu ader org2 yg tulis mcm2..mcm knor ckp la..rindu suasana dolu2 kan..biarpun tak kenal akak tp masakan akk mmg selalu menjadi rujukan kita..-shaliza81
ReplyDeleteshaliza.. betul betul betul... sonok sgt masa berporum dedulu tu wpun ada sorg 2 buat kacau.. jd kenangan terindahlah pulak
ReplyDeleteSalam..Tahniah dan tumpang gembira ngan berita ni..
ReplyDeleteYesss MYR banyak membimbing saya dalam dunia masakan..Sokong kata penulis, dalam byk2 laman web resipi, MYR paling dekat dihati pasal ada ruangan komen, kongsi pendapat dan pengalaman berkenaan resipi yang dicuba..Selain boleh hantar report bergambar, kita juga berpeluang bertanya jika ada sebarang kemusykilan tentang sesuatu resipi itewww...
Tahniah sekali lagi buat Kak Yani & Hubby atas kejayaan ini
Tahniah buat Yani n hubby.. wpun dah brtukar pengendali tp disitulah segalanya bermula... sangat susah hati bila myr x leh bukak n sllu hang. Tq n tahniah sekali lagi... Myr menjadi sifu sebelum berblog!
ReplyDeleteTahniah ...Yani & hubby. segalanya bermula dari sini.....baru jer rajin masak...hehehe. Terima kasih daun keladi....semoga segala usahamu diberkati....
ReplyDelete