Wednesday, January 5, 2011

Roti Pisang Kacang Campuran

,Resipi amik dari buku resipi minyak daisy oleh chef Liza Zainol. Tak tahulah naper panggil roti. Rupanya macam kek je.
Ni gambo yg dah lama terperap kat dlm kamera. Buat time skool cuti haritu lagi. Disebabkan byk hal terpaksalah ditangguhkan utk dibuat tayangan kat sini.


Bahan-bahan:-

Bahan A
  • 240g pisang berangan/emas
  • 220g gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 100g susu segar

Bahan B (campur sekali & ayak)
  • 250g tepung naik sendiri
  • 1/4 sudu kecil bikarbonat soda

Bahan C
  • 60g minyak jagung daisy ( sy guna yg econsave je)

Bahan D
  • 20g walnut
  • 20g badam biji
  • 20g gajus ( x letak pun.. xde stok)

Hiasan
  • 50g cip coklat

Cara-cara:
  1. Masukkan pisang dan gula kastor ke dlm mangkuk dan putar selama 3 minit - kelajuan sederhana
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji - putar 3 minit. Perlahankan mesin, masukkan susu segar sedikit demi sedikit- putar 1 minit.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan tuangkan minyak jagung daisy sedikit demi sedikit- kacau rata dan sebatikan.
  4. Akhir sekali masukkan bahan D
  5. Tuang adunan ke dalam acuan dan tabur cip coklat sebagai hiasan
  6. Bakar pada suhu 170C selama 40-50 minit.

4 comments:

  1. wah! sedapnyer kek pisang letak chip choc pulak... tergoda sungguh.... i like

    ReplyDelete
  2. pisang mmg best terutama utk kek n muffin walla..

    ReplyDelete
  3. alah...ingat nak mintak sepotong tadi..len kali buat lg ye kak

    ReplyDelete
  4. salam Yani, menyelerakan nampak roti nih...akak amik resepi eh..bila free nak buat la rasanya..thanks for sharing..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails