"one for you"
"one for me !"
Resipi roti burgernya :-
hot from my oben
Bahan-bahan:-
- 200g susu segar + 1 bj telur
- 240g tepung berprotin tinggi ( tpg roti)
- 60g tepung gandum
- 20g marjerin/mentega
- 30g gula kastor
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil dry yeast
- 1/2 sudu kecil bread softener
- 1/2 sudu kecil bread improver
- ** gliss - 1/2 biji telur + 1 sudu besar susu segar/air
- ** topping- sedikit bijan hitam/putih
Cara-cara :-
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker mengikut susunan dari atas ke bawah. Pilih setting doh. Ikut arahan pd BM masing-masing.
- Keluarkan doh dari BM. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 8 bahagian.
- Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda.
- Sapukan permukaan roti dengan telur + susu. Taburkan sedikit bijan
- Bakar roti pada suhu 180 degree selama 10-11 minit.
- Keluarkan dan sejukkan.
- Kemudian bolehlah guna roti ni utk buat burger sama ada nak guna daging burger yg dah siap dijual atau yg dibuat sendiri.
utk bekfes pagi tadi
cantiknya bun burger tu kak yani....macam kat kedai...
ReplyDeletemas..kat kedai pun takmcm ni,ni lagi lawa dan ekslusif gitu...anak dara ni dah mcm vegetarian dah...hehe..tak mkn daging.mkn sayur je...bagus betul..
ReplyDeleteakak baru berura2 nak mencari roti burger kat dapur kwn2..yani mcm tau2 jek..mekaseh yani...di NS cuti pnjang mggu ni..jumaat cuti sbb bday yg di Pertuan.bolehlah akak buat nanti.
ReplyDeletecomelnyer bun burger yani... just bulat2kan jer ke? kena tekan2 sket tak?
ReplyDeleteMas tq..
ReplyDeleteehehe izah dah lobih tu.. anak dara tu mmg camtu.. kalo nak buat burger siap pesan awal2 takmo daging... susah sungguh dia nak mkn daging or ayam ke.. pernah dia minta nak makan tepung goreng ayam mcm kfc tu.. nak tepung dia je.. ayam takmo.. ohohoho macam mana nak buat..
kak anymz.. bestnya sekali sekala ada cuti panjang.
K.Nor saya main hentam buat bulat-bulat jer.. lupa pulak nak tekan-tekan bg leper sket