Tuesday, January 11, 2011

Poppy Seeds Mixed Peel Bread

Konon buat roti ni untuk makan dengan kari ayam. Tapi bila diletak sikit mixed peel sedap pulak dimakan begitu saja.


Bahan-bahan:-
  • 270g tepung roti
  • 1/2 biji telur (25-30g)
  •  140g air
  • 50g madu
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30g marjerin
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 2 sudu kecil poppy seeds
  • 2 sudu besar mixed peel
  • 1/2 sudu kecil bread improver(optional)
  • 1/2 sudu kecil bread softener(optional)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bhn ke dalam breadmaker. Pilih setting doh. Ikut arahan pada breadmaker masing-masing.
  2. Keluarkan doh. Tumbu-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Buat bentuk bulat.
  3. Sapukan loaf pan dengan marjerin. Masukkan doh tadi. Biarkan naik 2 kali ganda.
  4. Panaskan oven sehingga suhu 190 degree. Sapukan permukaan roti dengan telur lebihan tadi yg dicampurkan dgn 1 sudu besar susu segar ataupun air.
  5. Bakar roti selama 25 minit atau sehingga perang.

3 comments:

  1. roti pulak kak yani tayang...cicah dgn kari ayam hancur kakak izah ni pasti cedap...hihihiii

    ReplyDelete
  2. rotii...nak roti...cantik roti tu menjadi...

    ReplyDelete
  3. salam kak yani..sedihnyer x dpt mkn betul2 roti yg sgt2 cantik ni..isk,isk :))

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails