Roti pintal bergula ni guna resipi yang dah banyak kali digunakan dan ditempek kat sini..
BASIC DOUGH (Kak Nor style)
* 380gm tepung high protein (tpg roti)
* 3 sudu besar susu tepung
* 80gm gula castor
* 3 sudu kecil yis segera
* 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
* 100ml air
* 100gm water roux
* 1/2 sudu kecil garam
* 30gm butter
* 30gm shortening
Cara-cara
- Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
- Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
- Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
- Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
- Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
- Biarkan sehingga proses menguli selesai.
- Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
- Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
** my style :-
- utk water roux tu.. 2 sudu besar tepung campur dengan air biar jumlah kedua-duanya jadi 100g. Kemudian masuk dlm microwave. Panas selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau. Pehtu masuk semula ke dlm microwave.. panaskan lagi selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau... siap.
- Semua bhn2 saya masuk terus ke dlm breadmaker. Bahan-bahan yang cair dulu dan diikuti dengan bahan-bahan kering.
kak yani, cantiknya roti tu berpintal2....
ReplyDeletewaaah,cantiknya pintalan tu yani..akak tgk pun terliur..ada gula lagi..cicah kopi sedap ni..
ReplyDeletekakak yani,
ReplyDeleteni tak leh jadi...nak seketul...
yani..bak la mai seketui..tergoda tgk pintalan yg cantik tuuu...rajin2!
ReplyDeletealaa... takkan utk nieza jer.. huhu... :)
ReplyDeletehaha kenyang dh saya mkn 2 ketoi roti kak yani bg ni...terima kasih kak...lap u...hehe ni ni saya mai antar bun pandan inti kelapa pula kat kak yani...hehe tgh mabuk meroti lagi...:D
ReplyDeletecun habis la roti ini..gebuss dan cantik pintalannya kak
ReplyDeletesalam kak..mmg cun abis nih!!
ReplyDeletesemalam pun buat roti pintal..lum buat N3 lagi..buhlah gambar anak kecik kamu..lama tak tenguk..dah pandai apa ek
ReplyDeleteKak Ina.. dak kecik tu sekarang ni susah sungguh nak snap gambo dia.. tapi takpe ada masa nanti akan diusahakan juga
ReplyDelete