Thursday, January 13, 2011

Kerabu Ikan Tongkol

Tadi takde idea nak masak apa.. so belek punya belek trylah resipi kerabu ikan tongkol di myresipi.com. Perghhh.. memang sodap.. Makan kerabu ni dgn nasi panas-panas pun dah cukup.


Ni kopipes resipi dr myresipi.com oleh watierman

Bahan-bahan ( Untuk 3-4 orang satu hidangan )

  • 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
  • sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
  • secubit garam ikut selera anda
  • air perahan limau kasturi/ limau nipis
  • sedikit gula ( ni sy tambah)

Cara-cara

  1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
  2. lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
  3. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
  4. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api
  5. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
  6. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
  7. gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah! 

    8 comments:

    1. salam yani..
      kecur air liur akak tgk kerabu ikan tongkol ni.. ikan tongkol pulak mmg feberet akak.. (anak trengganulah katakaan) lagilah melelehh.. hehehe... senang guna ikan tongkol sebab byk isi kan? dulu akak pernah wt kerabu dari ikan gak tp guna ikan selayang kalau tak silap.. punya siksa nak perisi.... tp mkn sodapp.. heeee

      ReplyDelete
    2. sedappnya...makan ngan nasi panassss...perrhh...

      ReplyDelete
    3. salam kak yani..kerabu ikan tongkol..menarik..nmpak sedap :p~

      ReplyDelete
    4. Memang boleh penggsannnn kann yanii....aduhh, esok juga beli ikan tongkol....

      ReplyDelete
    5. Salam kak, wah menarik resepi ni...saya memang suka mkn kerabu2 ni...tapi yg ni lum pernah buat lagi...tq for sharing kak..:)

      ReplyDelete
    6. Yani..best! akak suka resepi simple2 mcm ni..kalau buat mesti nasi bertambah2..!

      ReplyDelete
    7. Salam Yani. Kebetulan tadi beli ikan tongkol, nanti nak cuba lah respi Yani ni. TQ...!

      ReplyDelete
    8. Nampak sedap, belum pernah test. Minta izin nak cuba ya

      ReplyDelete

    Latest Update .. ♥

    Related Posts with Thumbnails