Tuesday, October 5, 2010

Samosa

Samosa??? Sama besar???
Lebih kurang ginilah perbualan antara anak,maknya dan bapanya disuatu pagi.

Aina: "Kuih apa ni?" Sambil kunyah kuih.
Mama : "Samosa."
Senyap.. sambung kembali mengunyah kuih.. Datang pula bapanya.

Aina: "kuih apa ni?"
Papa: "samosa"..

Senyap sekejap. Lepas tu terus sembang topik lain sambil makan. Tapi bila kuih dah hampir abis si anak kembali bersuara.

Aina:" Kenapa panggil kuih ni sama besar?"
Mama:"Hah???.. Hahaha... nama kuih ni bukannya sama besar tapi samosalah.."
Aina:"La.. ingatkan mama dan papa kata sama besar tadi... rupanya samosa.."

Hahaha patut ler nampak dia macam dok fikirkan sesuatu selepas gitahu nama kuih. Rupanya lain yang disebut, lain pula yang didengar


2 comments:

  1. cantiknya lipatan kuih sama besar tu.... kalau kak rose yg buat nampak sememeh jer, lobang sana sini!

    ReplyDelete
  2. kak rose.. mungkin dlm gamgar je tu nampak cantik.. hihi

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails