Sunday, October 17, 2010

Paratha Sardin puff



Paratha Sardin Puff

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 5 keping paratha
  • Sebiji telur

Inti :-
  • 1 tin kecil sardin
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit minyak masak
  • 1 sudu besar jus limau nipis

Cara-cara:-

Untuk Inti:-
  1. Asingkan ikan sardin dan sosnya dari tin. Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  3. Masukkan ikan sardine dan kacau. Kalau terlampau kering, masukkan 1-2 sudu besar sosnya.
  4. Masukkan pula cili merah, garam, gula, serbuk lada sulah dan jus limau nipis. Biarkan kering sedikit kemudian bolehlah dipadamkan api.

Untuk puff :-

  1. Panaskan oven pada suhu 180 degree.
  2. Potong paratha kepada 4 bahagian. Isikan setiap bahagian dengan inti sardine tadi.
  3. Rapatkan semua tepi paratha dengan menekankannya dengan garfu.
  4. Sapukan telur pada permukaan puff. Bakar puff dengan suhu 180 degree selama 20-25 minit.

2 comments:

  1. pratha tu pulak buat camna?gulung and then celup dlm telur and then goreng ke?

    ReplyDelete
  2. sorry.. terlupa pula nak type cara-cara buat puffnya. Ok thanks.. dah edit kat atas tu..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails