Wednesday, October 6, 2010

Mini Keria


Bahan-bahan:-
  • 2 cawan ubi yang dilenyek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • sedikit air
  • minyak untuk menggoreng.
Cara-cara:-
  1. Rebus ubi dengan sedikit garam. Kemudian lenyekkan ubi ketika masih panas. Biarkan sehingga ubi sejuk.
  2. Masuk tepung sedikit demi sedikit ke dalam ubi yang telah dilenyek. Uli sehingga doh tidak melekat ditangan.
  3. Canai doh setebal lebih kurang 1/2-1cm. Terap menggunakan "donut cutter". Atau boleh juga buat bentuk bulat kemudian buat lubang ditengah-tengah.
  4. Goreng keria dalam minyak yang penuh sehingga masak. Jangan goreng terlalu lama. Ini boleh menyebabkan keria jadi keras.
  5. Dalam kuali lain. Masukkan gula dan sedikit air. Panaskan sehingga gula jadi pekat. 
  6. Masukkan kuih keria yang telah digoreng. Kacau sehingga nampak ketul-ketulan gula pada keria itu tadi. Kemudian padamkan api. Kacau sekejap sehingga kuuih tidak melekat antara satu sama lain.

4 comments:

  1. rajinya buat kecik2, comei jer tentu budak2 suka nak makan!

    ReplyDelete
  2. ni mak budak makan skali ngap jek... bila dah skali ngap terus makan tak hingat... muehehehehe

    ReplyDelete
  3. budak2 kat rumah ni suka sangat mkn kuih yg berasaskan ubi keledek ni.. tu yg buat kecik2.. senang dorang nak makan..

    kak rose.. sy ni kalau ada org nak mkn rajinlah membuatnya..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails