Sunday, October 17, 2010

Pau Sardin Goreng


Pau Sardin Goreng
Bahan-bahan ( 8 biji )
Untuk pau:-
• 200g tepung berprotin tinggi atau tepung gandum
• 1 sudu besar mentega
• 20g gula
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil yis kering
• 140ml air atau susu segar (suam atau suhu bilik)

Untuk inti sardin

• 1 tin kecil sardin
• 1 biji bawang besar - dihiris
• 2 ulas bawang putih - dihiris
• 1 biji cili merah - dihiris
• Sedikit garam
• Sedikit gula
• Sedikit serbuk lada sulah
• Sedikit minyak masak
• 1 sudu besar jus limau nipis

Cara-cara:-
Untuk inti:
  1. Asingkan ikan sardin dan sosnya dari tin. Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  3. Masukkan ikan sardine dan kacau. Kalau terlampau kering, masukkan 1-2 sudu besar sosnya.
  4. Masukkan pula cili merah, garam, gula, serbuk lada sulah dan jus limau nipis. Biarkan kering sedikit kemudian bolehlah dipadamkan api.
Untuk doh:
  1. Masukkan tepung, gula dan yis kering ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Gaul sekejap kemudian masukkan mentega. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.
  2. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
  3. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian
  4. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  5. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan pau jadi bentuk leper. Buanglah sampai habis.
  6. Biarkan pau naik 1.5 kali ganda.
  7. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
  8. Panaskan minyak. Celup pau dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang. 

5 comments:

  1. Hayırlı haftalar, Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor. Ellerinize, emeğinize sağlık. Her pazartesi yayınladığım "bloglardan seçmelerde"bu hafta yemek bir aşk isimli blog yazarının"milföye sarılı tavuk baget ve karışık sebzeli garnitür" isimli tarifi yayınlandı.

    http://gencalsabahattin.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hehe.. apa dia kata ek? bahasa apa ni yani? turki ek... jap2 nak search....

    yes dh dpt.. betul2 turkish..
    nah translate dia..
    Weeks of good, looks very tasty and appetizing. Your hands, your labor health. Every Monday I published "blogs audition" this week's Blog of the author of a love of food "milföye wrapped chicken and mixed vegetable side dish baguette" was published by recipe.

    heheh.. memandai2 jer akak ni kan yani.. bukan apa.. teringin nak tau apa dia kata tu.. hehe

    ReplyDelete
  3. hehehe.. pepagi ni kaknor dah belajar bahasa apa tu.. turki ke??.. *_<

    ReplyDelete
  4. wahh..kak dah bnyak dah resepi kat sini...suke2,..ida nak jengah jer tak sempat

    ReplyDelete
  5. jengah jer pun takpe.. nak rasa meh ler sini..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails