Friday, October 22, 2010

Pau

Kena jangkitan buat pau ni dari Mas lepas gi jalan-jalan kat "umah" dia. Konon nak guna tepung pau.. alih-alih siap timbang tepung apa semua.. nampak benda2 bergerak kat dalam tepung tu. Hampes betul tepung yg baru dibeli rupannya dah berkulat.. jadi terpaksalah guna tepung gandum je..


Resepi asal boleh tengok di sini

Pau
Bahan-bahan ( 8 biji )
• 300g tepung gandum/tepung pau
• 2 sudu kecil baking powder
• ¼ sudu kecil garam
• 160-165g air suam
• 2 sudu kecil yis kering
• 2½ gula halus
• 1sudu besar lemak sayur
• Inti secukupnya (kaya, kacang merah, kelapa atau sebagainya)

Cara-cara
  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, yis kering dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin dan lembut. Buat bentuk bulat. Letak di dalam mangkuk. Tutup dengan tuala lembab. Biar doh kembang sehingga 2 kali ganda.
  5. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  6. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  7. Ambik sebiji doh, ratakan diatas tangan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  8. Apabila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  9. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.




4 comments:

  1. kak yani, mas pun buat lagi semalam..anak2 suka...

    ReplyDelete
  2. hmmmm...inilah dia pau yg cantik,aku jatuh cintaaaa.

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails