Apalah TM ni org dah berkurun pi tukar alamat baru, dia masih dok hantar bil kat alamat lama. Dan kita pula selepas buat penyerahan kunci kat adik tuan rumah, langsung tak gi check surat-surat kat sana.
Apalah depa ni buat pekasam ke borang yang isi dedulu tu. Nak kata masa pi tukar alamat hari tu org ramai pun dak juga... emm entahlah. Ok stop membebel.. ni resipi yg diambil dari umah kak nor. Minta ijin tempek resipi tu kat sini ye..
CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY
Bahan2:
- 400 gm cendawan tiram
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 cup/bekas yogurt plain
- 1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
- 1 sudu besar serbuk cili kasar
- 1 1/3 cawan air
- 1 sudu kecil garam
- minyak utk menggoreng
Cara2:
- Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
- Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
- Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
- Panaskan minyak dgn api yg kuat.
- Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
- Angkat dan toskan.
- Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
- Selamat mencuba :)
beli cendawan lain ke goreng yg ciput aritu? crunchy tak? hehe
ReplyDeletekak nor.. guna yg ciput je.. kurang 100g pun.. rasa mcm nak sorok je mkn sorang2 hehe.. memang crunchy sgt..
ReplyDelete