Tuesday, October 5, 2010

Katayap

Bahan-bahan:-
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 5-6 helai daun pandan
  • sedikit garam
Bahan inti:-
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu besar gula merah
  • sedikit garam
  • 1/3 cawan air
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 1 sudu besar tepung gandum/tepung jagung
Cara-cara:
Untuk inti:-
  1. Masak gula melaka,gula merah, garam dan daun pandan bersama air sehingga gula larut.
  2. Kemudian masukkan kelapa parut, kacau sehingga agak kering.
  3. Taburkan tepung ke atas kelapa tadi. Kacau lagi sehingga kering.
Untuk kulit ketayap:-

  1. Kisar daun pandan dengan secawan air. Kemudian tapis untuk ambil airnya.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam pengisar dan juga air daun pandan tadi. Kisar sehingga semuanya sebati.
  3. Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak.
  4. Ambil satu senduk adunan tadi. Masukkan dalam kuali. Buat macam goreng telur dadar.
  5. Apabila bahagian bawahnya sudah masak, balikkan pula ke bahagian satu lagi.
  6. Apabila sudah masak, angkat dari kuali. Kemudian masukkan inti.
  7. Lipat pada bahagian bawah, kiri dan kanan. Kemudian gulung.
  8. Ulang langkah 4 hingga 7 sehingga habis.

No comments:

Post a Comment

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails