Bahan-bahan:-
- 220g tepung roti
- 30g tepung gandum
- 150ml susu segar
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 30g gula
- 3 sudu besar mentega
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil dry yeast
- 1 sudu kecil bread softerner(optional)
- 1 sudu kecil bread improver(optional)
- 2 beg teh uncang
- Untuk membuat milk tea, masukkan susu segar, susu pekat manis ke dalam mug. Panaskan dalam microwave selama 1 minit atau sehingga susu itu panas. Rendamkan 1tea bag ke dalam mug tersebut selama 3minit.
- Sape-sape yang guna breadmaker boleh ikut arahan pada breadmaker anda. Untuk yang takde breadmaker boleh uli guna stand mixer. Kalau takde stand mixer boleh uli guna food processor. Kalo FP pun takde boleh juga uli guna tangan.
- Untuk yang guna tangan, masukkan semua bahan-bahan kering termasuk 1 tea bag yg telah dikeluarkan tea dari uncangnya ke dalam mangkuk dan kacau. Kemudian masukkan mentega dan milk tea tadi. Uli sehingga tidak melekat di tangan dan kenyal.
- Kalau guna FP, masukkan semua bahan kering. Tekan dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan pula mentega dan milk tea tadi. Uli sehingga jadi doh yang kenyal. Biarkan 5-10 minit. Kemudian uli dalam 2-3 minit lagi.
- Sapu permukaan bawah mangkuk dengan mentega atau minyak. Keluarkan doh dari FP, buat bentuk bulat dan bubuh ke dalam mangkuk. Tutup mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan doh kembang 2 kali ganda.
- Bawa keluar doh dari mangkuk. Letak di atas papan uli, tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada 9 bahagian. buat bentuk bulat.. Rehatkan selama 5-10 minit.
- Kemudian buat bentuk bulat sekali lagi doh-doh tadi. Letak di atas dulang oven. Biarkan kembang 2 kali ganda lagi.
- Sapukan permukaan roti dengan susu segar. Kemudian bakar roti dlm oven pada suhu 180 degree selama 12 minit.
- Angkat dan sejukkan.
No comments:
Post a Comment