Thursday, September 20, 2012

Strawberry Macarons

Strawberry macarons wif vanilla cream..Macarons shells yg kurang menjadi. Banyak benor rongga udara terbentuk... Tapi rasanya tetap sedap.. Bolehlah untuk makan2 sendiri.



Resepi macarons shells ni duk ulang resepi sama je.. Boleh tengok kat sini . Cuma kali ni tak bubuh sebarang pewarna.. hanya strawberry paste sahaja..

Untuk resepi krimnya...

Vanilla cream

Bahan-bahan:
  • 1 biji telur gred A
  • 35g gula kastor
  • 110g mentega
  • 5 cm vanilla bean

Cara-cara:
  1. Masukkan gula dan telur ke dalam mangkuk. Letakkan mangkuk ke atas periuk yg berisi air. Pastikan bahagian bawah mangkuk tidak mencecah air. Panaskan periuk tersebut di atas dapur sambil memukul telur sehingga mencapai suhu 60 degree ataupun terasa panas bila disentuh.
  2. Angkat mangkuk dari periuk. Pukul lagi sehingga sejuk. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil dipukul. Pukul sehingga kembang atau putih.
  3. Belah vanilla beans. Kikis bijinya dengan sudu. Masukkan ke dalam krim tadi. Pukul sehingga rata. Siap untuk digunakan.


 Strawberry macarons wif vanilla cream


Vanilla beans

8 comments:

  1. Salam, Yani. Cemana rupanya vanilla bean tu yek... ???

    Macaron tu nampak sedap sangat, rupa pun memikat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok... dah letak gambo vanilla beans kat atas tu...

      Delete
  2. assalamualaikum.. pandainya wat macarons..
    dah banyak kali dok tengok resepi.. sampai skrg blom berani try..
    tapi tak bape nak tingin makan sangat.. sbb dengar kata manis ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jassnani... manis tu mmg manis.. kalau kita buat sendiri, kita boleh control kemanisannya.. Pernah my tetamu komen macarons yg saya buat ni.. katanya tak manis macam yg dijual kat kedai.. Sy buat filling tak manis.. so bila mkn dgn macarons shell yg manis tu.. rasanya elok je tak manis sgt.. Ramai yg buat macarons letak nutella as filling. Sy pernah try letak nutella.. emm jd manis sgtlah pulak sbb nutella sendiri dah manis.. Nanti ada masa sy letak macarons yg buh nutella.

      Delete
  3. Salam kak! alaaaaaa... kita lama tak buat mac :D vanila bean mahal ler kat sini, terbantut nak beli hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini pun mahal gak... 2 btg tu RM6. Satu btg tu akak guna 3 kali.. hahaha nak jimat..

      Delete
  4. Dah lama dok teringin nak buat macarons ni tapi belum lagi sampai hajatnya lagi.. bila tengok orang dok tayang di blog terasa nak buat hehehe :D

    So sweet warna macarons tu .. saya suka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Hayati??? alamak my kakak ke ni hihi...
      Kalau nak try buat macarons ni try buat sikit dulu... buat macarons ni nampak senang tp ramai org buat tak jd (termasuk ler diri ini masa mula2 bermain dgn mac.)... kena praktis byk kali.. yg ptg jgn mudah putus asa.. ahak *-*..

      wrn mac tu dr wrn stawberi paste..

      Delete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails