Wednesday, September 19, 2012

Koleh Kacang Hijau


Koleh Kacang Hijau
Sumber: Che' Iza myresipi

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • 1 cwn santan pekat **
  • 1 cawan gula merah *
  • 2 sb gula pasir *
  • 1 cwn air *
  • beberapa helai daun pandan disimpul *
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

Cara-cara
  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

6 comments:

  1. saya peminat setia koleh kacang... tapi tahu makan jer, hehehe

    ReplyDelete
  2. bestnya koleh kacang ni, peberet akk ni....perggghhh

    ReplyDelete
  3. kuih fav QH n hb ni..penah cuba buat hrtu..tp xmjadi..tp resepi yg blainan la..

    ReplyDelete
  4. QH... try resepi ni.. senang je.. Insya Allah jadi..

    ReplyDelete
  5. kak Liza... kalau peberet.. bagus buat sendiri.. boleh makan banyak2.. puas hati

    ReplyDelete
  6. try buat sendiri pulak.. boleh mkn puas2

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails