Saturday, February 25, 2012

Happy Birthday to Me

"Happy birthday to me.., 
Happy birthday to me.., 
Happy birthday to me..,
 Happy birthday to me..,".....

Takde kek or cupcake or apa saja yang sewaktu dengannya untuk tahun ini.. Tuan rumah masih dalam proses mendietkan diri.. melaksanakan azam tahun baru... 
Masuk saja tahun baru terus bermula proses mengurangkan berat badan. Selepas bersalin bulan 3, 2011,  selepas abih tempoh pantang berat hanya turun sehingga +-60kg. Huhuhu memang overweight sangat dengan ketinggian yang cenoet je..
Alhamdulillah setakat hari ni berat dah +-4kg berjaya dikurangkan.

My berat badan dan kandungan lemak sehingga hari ini..


BMI dah terkeluar dari kategori overweight..  alhamdulillah

Alamak my body age.. 43yrs.. uhuhu tuanya dari usia sebenar



psstt... tuan umah minta maaf... byk komen2 utk entry sebelum ni x sempat dibalas.. Tuan umah minta undur diri dulu ye...  Ada masa nanti tuan rumah akan kongsikan tips utk menurunkan berat badan pulak.. ;)

UPDATE!


Buka-buka pintu rumah, nampak tulisan ni kat porch kereta... my dotter suka sgt buat surprised gini. Thanks my dear.. and thank you juga sebab belanja pizza walaupun berkongsi bayar dengan papa...

Sunday, February 19, 2012

Oat Raisins walnuts bread

Non butter non oil bread.. roti untuk orang diet ;-). Masuk tahun 2012 aritu, "tuan rumah" terus start diet. Target sehingga abih bulan 2, turunkan berat sebanyak 5 kg. Setakat arini hampir 4kg berjaya diturunkan. Alhamdulillah...
Berat "tuan rumah" sebelum ni 60-61 kg.. berat ooo..


Oat Raisins walnuts bread sebelum dibakar



oat raisins walnuts bread
Oat Raisins Walnuts Bread


Bahan-bahan:
  • 300gm tepung berprotein tinggi
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 50gm water roux
  • 110gm air
  • 3 sudu besar oatmeal
  • 3 sudu besar raisins
  • 1-2 sudu besar walnuts

Cara-cara:
  1. Bakar walnuts dalam oven pada suhu 170 degree selama 10 minit. Cincang kasar walnut dan sejukkan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali oatmeal, raisins dan walnuts ke dalam breadmaker. Pilh setting untuk doh. "ON"kan.
  3. Bila BM keluarkan bunyi utk masukkan bahan2 lain.. masukkan pula oatmeal, raisins dan juga walnuts. Biarkan sehingga bm siapkan kerjanya.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai. Keluarkan doh dari bm, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  5. Ambik sebiji doh, canaikan. Lorekkan dengan dough cutter untuk membentuknya seperti daun. Ulang untuk doh-doh yang lain.
  6. Biar doh kembang 2 kali ganda. kemudian bakar dengan suhu 180 degree selama 12-13 minit.

Saturday, February 18, 2012

Kuih Beko Kelapa

Resipi kuih beko/ bingka kelapa yg diangkut dari rumah Kak Wan. Kalau ikut Kak Wan kuih ni dia bakar dalam acuan bahulu tapi kita takde acuan tu.. so kita guna acuan muffin je.. Apa pun kuih ni sedap bangat. Kalau guna kelapa muda lagi best ni..




Kuih Beko / Bingka Kelapa
Resepi : Kak Wan
Bahan-bahan
  • 200gm kelapa parut putih
  • 80gm gula pasir
  • 150gm tepung pulut
  • 1 biji telur A - di pukul ringan
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka

Cara-cara :
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata.  Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.   Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak.  Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
  3. Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh.  Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.

Friday, February 17, 2012

Cheese Cracker

Cheese Cracker yang jadi kegemaran budak-budak dalam umah ni sejak akhir-akhir ini. Mak dia suka hati sebab takyah susah-susah nak sediakan. Cuma perlu ada slice cheese dgn cracker. Pastu panas jap dlm microwave.


Cheese Cracker
Bahan-bahan:
  • 4 keping biskut jacob.. ikut suka hati nak guna biskut apa pun
  • 1 keping slice cheese
Cara-cara:
  1. Potong 2 slice cheese.
  2. Letak cheese antara dua biskut. Panaskan dalam microwave dengan kepanasan paling tinggi selama 15 saat.
  3. Siap untuk dikunyah...

Wednesday, February 15, 2012

Chakkk!

Uhuhu lama tak bersiaran.. TUAN RUMAH sibuk dgn aktivi memantau dan melayan kerenah dua orang kanak-kanak ribena yang sedang membesar. So layan ler gambar2 kanak-kanak ribena ni.





Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails