Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

Kek puding karamel

Ulang tayang resipi yang dah lama dikongsi di myresipi.com . Dah ramai pun yang mencubanya. Ada yang rupanya lagi cantik dari apa yang sy buat. Dan masih ramai yang konpius.. Tak yakin puding dan kek tu boleh terasing ataupun tak tahu macam mana nak bakar puding tu. Kat bawah ni saya sertakan gambar macam mana saya membakarnya.

Kali ni tuan punya resipi ni malas sket nak asing telur putih dan kuning. So telur tu dipukul sekali dengan gula sehingga betul-betul kembang. Kemudian barulah dimasukkan tepung.


Resipi yang di copy dari myr .

Bahan-bahan ( 20cm )
Karamel 
  • 60g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
Puding
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Sediakan karamel. Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air suam.. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
Cara untuk bakar puding kek. Air suam dimasukkan ke dalam dulang oven.
Bagi sape-sape yang dulang ovennya tak dalam, 
boleh guna loyang yang lebih besar dari loyang puding 
untuk dimasukkan air suam.

Tuesday, July 6, 2010

Puding Cendol




Bahan-Bahan :-

Lapisan Bawah

  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendolsedikit garam

Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam

Cara membuat Lapisan Bawah:
  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.
Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

cara membuat Lapisan Atas
  1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur.
  2. Tapiskan air gula.
  3. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  4. Kocoh kuning telur di dalam santan.
  5. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam.
  6. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

source : kak ogy myr

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails