Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Homemade Dadih

Tak tahu dah kali ke berapa buat ni cuma tak dan nak posing je.. Kalo dah banyak kali buat, maknanya sodap ler tu ;D


Kat bawah ni resepi kopipes dari Myr... Thanks Kak Nor

Homemade Dadih
Sumber : Kak Nor Myr

Bahan-bahan

  • 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  • 1 liter susu segar biasa
  • 1 liter susu segar berperisa coklat
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 1.2 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  • 1sudu teh coklat emulco

Cara-cara

  1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
  3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
  4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
  5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
  6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
  7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
  8. **Saya harap kawan2 semua dpt faham kaedah yg saya maksudkan ini dan jika masih keliru bolehlah bertanya semula.

Friday, August 31, 2012

Agar-agar pelangi

Agar-agar ni buat kat rumah IL masa raya hari tu. Rasa kekok sikit main masak-masak bila tak guna peralatan sendiri. Hasilnya lapisan tak berapa cantik seperti yg pernah dibuat sebelum ni tapi seronok gak ler ramai tetamu yg excited tengok agar-agar ni..

Idea agar-agar pelangi ni cedok dari internet tapi resipi sendiri punya.


Agar-agar pelagi

Lapisan santan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 180g gula 
  • 1 ketul gula batu
  • 300ml santan pekat + 700ml air @ 400ml santan kotak + 600ml air
  • 1 helai daun pandan
Lapisan jernih
  • 10g serbuk agar-agar
  • 180g gula
  • 1 ketul gula batu
  • 1000ml air
  • 1 helai daun pandan

4 pewarna berlainan

Cara-cara:
  1. Masakkan semua bahan lapisan santan dan  bahan lapisan jernih ke dalam periuk berasingan sehingga mendidih.
  2. Ambil 190ml sebatian lapisan santan, tuangkan ke dalam loyang atau acuan. Biarkan sedikit keras.
  3. Ulang pula dengan 190ml sebatian lapisan jernih. Ulang lagi utk lapisan santan dan lapisan jernih dengan warna-warna yang berlainan.
cth lapisan seperti dlm gambar:-
  1. Lapisan pertama :Lapisan santan putih
  2. Lapisan ke-2 : Lapisan jernih putih
  3. Lapisan ke-3 : Lapisan biru santan
  4. Lapisan ke-4 : Lapisan biru jernih
  5. Lapisan ke-5 : Lapisan merah santan
  6. Lapisan ke-6 : Lapisan merah jernih
  7. Lapisan ke-7 : Lapisan kuning santan
  8. Lapisan ke-8: Lapisan kuning jernih
  9. Lapisan ke-9 : Lapisan hijau santan
  10. Lapisan ke-10 : Lapisan hijau jernih

*** My MIL suh masukkan gula batu utk elak agar-agar berair bila lama2 keluar dr peti ais..  Biasanya saya tak letak pun.. hihi selalu takde stok je...

Friday, July 27, 2012

Tembikai dalam Jeli Soda

Tembikai dalam jeli soda... Ish susahnya nak buat entry. Asyik ada gangguan budak kecik je... Layan jerlah gambo-gambo ni. Resipi dari buku resipi Pencuci Mulut.


UPDATE
Tembikai Dalam Jeli Soda
Sumber: Buku Jom Berjimat Menyediakan Pencuci Mulut

Bahan-bahan ( 4-5 cups):
  • 250ml aiskrim soda
  • 13/4 sudu kecil gelatin
  • 3 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil jus limau nipis/lemon
  • tembikai secukupnya
Cara-cara:
  1. Ceduk isi tembikai ke dalam bekas yang sesuai dan ketepikan.
  2. Masukkan gula ke dalam air panas. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin larut.
  3. Masukkan pula aiskrim soda dan jus limau. Kacau sebati. Kemudian tuang ke dalam bekas yang mengandungi tembikai tadi. Sejukkan dalam peti sejuk

Dapatkan juga resipi-resipi menarik yang lain dari buku Jom Berjimat Menyediakan Pencuci Mulut




Monday, June 11, 2012

Agar-agar Milo Lapis Oreo

Sedap, enak, sejuk je bila lalu kat anak tekak. Thanks AlongRoz atas resipi yg sedap sangat.




Agar-agar Milo Lapis Oreo
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
  • 750ml Air
  • 160g Gula ( sy hy guna 120g gula shj)
  • 1 tin (400g) Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis


CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut. Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan ( lain kali nak tuang 3/4 cwn campuran milo utk nampak seimbang antara lapisan milo atas dan bwh. Campuran milo yg kita panaskan utk elak mengeras tu akan susut sket isipadunya masa proses pemanasan.) . Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.


TIPS UNTUK MELAPIS:

a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Sape tak try lagi boleh cuba... tak nyesal punya.. Tapi kalau tetap tak suka jugak boleh antar sini.. Rasa tak puas makan.. nak kena buat lagi lain kali.

Tuesday, November 15, 2011

Yogurt mousse


Yogurt Mousse

Bahan-bahan:
  • 150g yogurt asli
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar gelatin
  • 2 sudu besar air suam
  • 100g whipping cream/ susu segar
  • 2 sudu besar jem strawberi atau apa saja jem yg disukai..
  • 2-3 sudu besar air masak

Cara-cara
  1. Masukkan gelatin dalam air suam. Biarkan selama 5 minit atau sehingga gelatin larut.
  2. Masukkan semua bahan kecuali gelatin ke dalam blender. Mix sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan pula gelatin, jem dan air masak. Mix lagi 1-2 minit.
  4. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
  5. Campurkan jem dengan air. Kacau sehingga sebati.
  6. Tuangkan ke atas mousse tadi.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Sunday, August 14, 2011

Iftar-13

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Mood nak berblog pun hilang entah ke mana. Tambah pulak nak ambik gambar pun tak sempat... kalut nak berbuka, kalut dengan dak tecik lagi. Time nak berbuka tu ler time dia nak tido.  Masak pulak selalunya dekat-dekat nak berbuka sebab kami suka mkn panas-panas.

Nih antara menu berbuka semalam. Orang dalam umah ni dah jemu makan nasi.

 roti sosej ada, meatloaf ada, tuna pun ada

Ketam goreng celup tepung

salad ketam goreng


puding soya

Tuesday, August 2, 2011

Iftar - 1

Antara menu buka pose semalam... Tak dan nak celoteh panjang.. kiri kanan duk berbunyi ja

mango dadih.. guna yg instant je.. 
dah lama my dotter suruh buat ni.. sebelum pose lagi.. 
tapi mak dia kebizian yg tersangat..

De Campak Siakap 3 Rasa


Sambal belacan wif ulam timun

jus tembikai lemon - gelas oren tu utk dak tecik yg tak pose 
entah macam mana ler si dak tecik tu boleh minat semua benda kaler oren

Tomyam putih tak dan nak ambik gambo ler... Alhamdulillah semuanya selamat menjalani ibadah puasa..

Tuesday, July 19, 2011

Puding orange jelly

Angin dari Terengganu bertiup sampai ke sini daaa... Semalam sempat melompat dari blog ke blog kenkawan.. dalam lompat-lompat tu terjatuh chenta dgn Puding Jelly Oren... dan inilah hasilnya..  Warna tak berapa menarik mcm yang kak nor punya. Kaler kuning takde.. makcik ganti dgn sunquick. Takdan nak mengkopi & pes.. so sape nak resipi bulih gi angkut kat sini atau sini








Sunday, March 6, 2011

Homemade Dadih

Balik shopping tadi terus buat dadih ni. Sonok hari ni takyah masak untuk lunch.  Jap lagi nak pi kenduri. Sambil tunggu my hb balik main badminton, apdet blog ni jap.. Balik dari kenduri nanti boleh terus ngap dadih ni... emm sedapnya nak nak musim panas sekarang ni..

Takleh nak citer panjang, my hb dah balik tu... takdan nak gi jalan2 rumah teman-teman.. Komen pun takdan dibalas.... Ada masa nanti jumpa lagi..


Homemade Dadih
source : Kak Nor myr

Bahan-bahan:
  • 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  • 1 liter susu segar biasa
  • 1 liter susu segar berperisa coklat
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 1.2 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  • 1sudu teh coklat emulco ( x letak pun.. abih stok)


Cara-cara
  1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
  3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
  4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
  5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
  6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
  7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
  8. **Saya harap kawan2 semua dpt faham kaedah yg saya maksudkan ini dan jika masih keliru bolehlah bertanya semula.

Wednesday, March 2, 2011

Apple Crumble

Tengok AlongRoz buat apple crumble ni terus jatuh chenta. Sib baik tak jatuh chenta kat bowl dia yg cun melecun tu... ahak.. My anak dara makan ni sampai takmo makan nasi. Dak kecik pulak suka makan ni gitu-gitu je tanpa sos kastard or icecream.. Thank you kak.. cam biasa minta izin kopipes resipi yer...

apple crumble wif icecream

By: Roz@HomeKreation
Size: 6"x9" casserole

BAHAN2:
  • 3 biji Epa Fuji - kupas kulit & hiris
  • 3 sb Gula Perang*
  • 1 st Serbuk Kayu Manis* (* campur) 
  • raisin (i add this)
  • 75g Tepung
  • 40g Mentega
  • 1 sb Gula

SOS KASTAD:
  • 250ml Susu Segar
  • 1 sb Gula
  • 1 sb Tepung Kastad
  • 1/2 st Esen Vanilla

CARA2:
  1. Gris bekas kaserol and susun hirisan epal. Kemudian raisin- i tambah ni.
    Tabur 1 sb gula campuran kayu manis.
    Susun lagi hirisan epal & ulangi sehingga 3 lapis.
  2. Campur tepung & mentega seperti serbuk roti.
    Campurkan gula & tabur ke atas hirisan epal.
    Bakar 180C selama 30 minit.
  3. Campur rata kesemua bahan sos kastad.
    Masak dgn microwave 4-5 minit, kacau setiap seminit
  4. Hidangkan Apple Crumble dgn sos kastad & aiskrim vanilla.
  5.  

    Wednesday, October 20, 2010

    Puding Laici

    Puding laici lagiiiii... haritu dah buat tapi tak puas makan. Anak-anak pun minta dibuat lagi. Kali ni buat ikut sukatan sendiri. Perabih terus satu pek agar-agar powder yg beratnya 25g. Fuhh banyak dapat.
    Untuk sukatan kali ni :-
    • 25g agar-agar powder
    • 11/2 tin susu cair
    • 2.5liter air
    • 260g gula
    • 2 tin laici - 1 tin blend sekali dgn sirap laici.. 1 tin lagi wat hiasan

    Tuesday, October 12, 2010

    Puding Laici


    Ramai yg dah buat puding laici ni.. ni copy paste dari umah Ika. Resipi asal dari kak Hanieliza.

    Bahan>>yg ni sukatan dr kak hanieliza

    * 10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]Bulleted List
    * 6 gelas air
    * 11/2 cawan gula
    * 1 tin susu cair
    * 1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]
    * 1 tin laici [untuk hiasan]


    Cara:

    1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
    2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
    3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
    4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
    5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

    NOTA
    Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....


    Bahan >> sukatan dari Kak Nor

    * 1 paket agar2 serbuk (10gm)
    * 5 cawan air ~ cawan metrik
    * 8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
    * 1 tin susu cair
    * 1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
    * 1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah

    Cara:
    1. blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
    2. lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)


    Tapi tadi nak abihkan stok agar2 powder yg tinggal 14g terpaksa adjust sket sukatan dr Kak Nor..
    air dilebihkan, gula pula guna 10 sudu besar. Hampir semua laici diblend.. lebihnya abih dimkn oleh dak kecik.. takdan nak simpan utk hiasan. Hasilnya cun je manisnya. Sedap je rasanya.

    Tuesday, July 6, 2010

    Puding Cendol




    Bahan-Bahan :-

    Lapisan Bawah

    • 500ml air
    • 180gm gula pasir
    • 300ml santan pekat
    • 10gm agar - agar powder
    • 500gm cendolsedikit garam

    Lapisan Atas
    • 500ml air
    • 200gm gula merah
    • 300ml santan pekat
    • 10gm agar - agar powder
    • 1 biji kuning telur
    • sedikit garam

    Cara membuat Lapisan Bawah:
    1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
    2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
    3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.
    Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

    cara membuat Lapisan Atas
    1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur.
    2. Tapiskan air gula.
    3. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
    4. Kocoh kuning telur di dalam santan.
    5. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam.
    6. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
    Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
    Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

    source : kak ogy myr

    Latest Update .. ♥

    Related Posts with Thumbnails