Resipi ni angkut dari blog kak nor . Minta ijin dr kak nor utk kopipes kat sini..
Bahan2:
- 12 ekor udang saiz besar
- 2 sudu butter
- 3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
- sedikit daun kari
- sedikit cili padi
- serbuk kunyit & garam
- minyak utk menggoreng
- Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
- Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia
Kalau nak tengok gambo butter prawn yg cantik telur kuningnya tu boleh pi tengok kat blog kak nor. Yg diriku buat ni huduh bebenor jdnya.. kes nak cepat sebab si Areez tak nak tido. Dlm minggu ni dia takmo tido kat bawahlah pula.. asyik nak tido kat riba. Letak jap je.. terus nangis. Bila dia nangis tu terus buka high volume. So masak pun cincai je. Sib baik belah mlm dia tido lena.


