Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Rendang Merah

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam tak kira di mana jua berada. Kepada yang balik kampung hati-hati di jalan raya. Kepada yang sedang memasak, hati-hatilah di dapur dan kepada sesiapa yang belum tahu nak masak apa bolehlah try resipi rendang ayam merah ni.. emmm sedap..


Resipi ni angkut dari blog AlongRoz

Rendang Merah
By: AlongRoz@HomeKreation

BAHAN2:
  • 1/2 ekor ayam - potong2
  • 10 btg Cili Kering* - buang biji nya jika mahu kurangkan pedas
  • 10 ulas Bwg Mmerah*
  • 2 ulas Bwg Putih*
  • 2" Halia*
  • 1 st Biji Ketumbar*
  • 1/2 st Jintan Manis*
  • 1/2 st Jintan Putih* (* blend)
  • 1 btg Serai - ketuk
  • 8 helai Daun Limau Purut - hiris nipis
  • 1/2 sb Gula Kabung
  • 1 cwn Santan Pekat
  • 2-3 sb Kerisik
  • Garam

CARA2:

  1. Panasakan sesenduk minyak & tumis bahan blend* & serai sehingga wangi.Masukkan ayam, daun limau, gula, garam & kacau sehingga ayam separuh masak.Masukkan santan & kacau sehingga kua pekat.Masukkan kerisik & masak sehingga pekat & keluar minyak.
  2. Hidangkan dgn nasi, pulut atau roti.
 

Thursday, October 4, 2012

Kerutuk Ayam

Resepi 100% dari belakang peket rempah kerutuk adabi. Takleh nak salin dan tulis kat sini. Makcik dah buang peket dia daa....




Emmm sedap jugak rupanya kerutuk ayam ni. Selama ni hanyak duk masak kerutuk daging je... Tapi heranlah walau sesedap mana aku masak ayam ni.. budak2 dalam rumah ni tak suka.. Makin besar makin tak suka.. Kalau tak suruh amik lauk.. dorang buat2 tak nampak je.. Sampai kena cubit sikit letak dalam pinggan dorang.. kekadang sampai gaduh.. Macam budak2 lain yg kena paksa makan sayur.. gitulah budak2 dalam rumah ni kena paksa makan lauk pauk..
Semalam buat satu bowl besar salad ayam.. last yg tinggal ayam je dlm tu...  ;p.

Thursday, September 20, 2012

Ayam Pakpik

Resipi yang pernah dikongsi di Myresipi suatu ketika dahulu dengan nama AYAM PAPRIK.. Tapikan tapikan dulu kita tak tahu pun apa nama sebenar masakan ni. Main follow je nama yg tertulis kat buku resipi... typo erro rupanya..
Nama sebenarnya AYAM PAKPIK . Buku resipi tu kawan MIL yang bagi.. Buku resipi dari persatuan apa entah.. persatuan kaum ibu-ibu ke atau persatuan wanita UMNO ke.. emm entahlah lupa yg pasti persatuan wanita-wanita Pasir Mas.
Buku tu kita siap bawa pergi jepun lagi.. Sebenarnya banyak resipi nak try tapi masa kat sana tak cukup bahanlah pulak... Bila balik sini lupa daaa kat mana letak. Entah-entah tak angkut balik.. huwaaa...


Ayam Pakpik

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 1/2 ekor ayam
  • [ Bahan kisar ]
  • 1 inci kunyit
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili padi
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • sedikit belacan
  • [ Bahan hias ]
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • sedikit garam, gula dan perisa
  • 1 keping asam keping


Cara-cara:
  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Goreng ayam sehingga separuh masak
  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
  4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
  5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya


Friday, July 22, 2011

Calzone ala Turki

Our dinner malam tadi Calzone ala Turki. Kenkonon nak buat roti lain tapi Calzone pulak jadinya.. gara-gara tersinggah kat dapur Noorsha. Apapun tak nyesal.. memang sodap roti ni.

Tuan rumah tak sempat nak snap gambo banyak-banyak.. lapoorrr . Kenkonon nak makan roti ni dengan teh turki yg my hb bawa balik time dia pi conference kat turki tahun lepas.. tapi lupa daa ..



Nih kita tempek resipi yg kita angkut dari rumah noorsya. Thanks ye noorsya. Tapi ada beberapa benda yg terpaksa diubahsuai.. Tadi plan asalnya nak buat roti lain.. water roux pun dah buat. So kita guna ler water roux gak dlm resipi ni.. Malas dah nak simpan.
RESIPI CALZONE ALA TURKI
Resipi Asal : Chef Wan
Sumber &  Olahan :  Mat Gebu, noorsya



BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air1 sb mayonis - Noorsha tambahSedikit tepung untuk ditabur
(180g [ air + water roux] )

BAHAN INTI AYAM :-)
1 cawan isi ayam yang dicencang halus - Noorsha guna 3 keping daging burger Ramly - kita guna isi ayam
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar ( x letak.. abih stok daa)
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato ( abih stok gak.. ganti dgn 1 biji tomato-potongg dadu)
2 pokok daun bawang, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
5 batang cili padi - diketuk (Noorsha tambah - kita tambah gak)
1/4 batang carrot - hiris halus (Noorsha tambah -kita tambah gak)
Daun salad secukupnya (Noorsha tambah - kita tambah gak)
Cheddar cheese @ slice Cheese secukupnya (Noorsha tambah - takde stok, ganti dgn parmesan cheese)
Sedikit air


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH (KULIT) :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK INTI AYAM :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam @ daging burger cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
  3. UNTUK CALZONE ALA TURKI :- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. Letak daun salad,  1/4 bahagian inti ayam, dan cheese, kemudian lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. Kemudian kelim seperti membuat karipap ... Buat hingga siap pada baki adunan.
  4. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu (Noorsha gunting sket permukaan calzone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..


Saturday, May 21, 2011

Satay Ayam

Menu semalam. Satay bakar dengan oben, kuah kacang segera dan nasi impit. Kira macam satay segeralah ni. Kuah kacang segera tu my SIL yang bagi. Nasi impit pula dari nasi yang tak abih. Nasi yg tak abih tu tambah air dan masak semula.


First time buat nasi impit sendiri. Rupa tak cantik tapi sedap. Itulah komen dr orang2 dlm umah ni. Depa kata lagi sedap dari beli yg segera. Ooooo patut ler selama ni kalau rebus yg segera tu, aku sorang yg abihkannya. Depa semua makan sikit je.. ghupenya nasi impit tu tak sedap. Ingatkan depa memang tak suka makan nasi impit.
Lepas ni takyah beli yg segera lagi dah. Cuma next time nak kena add sikit lagi air.

Satay tu pun first time buat and try bakar guna oben. Hasilnya tak mengecewakan.. sedap sangat. Bebudak pun kata sedap. Cuma satay yg aku buat ni tak berminyak sgt macam yg dok jual kat pasar2 mlm tu. Saje takmo rendis minyak byk-byk time bakar tu.. kekonon utk dietlah..ekekeke.. ;-)

Resipi satay ni amik dari kak fida myr. Resipi asal satay ni adalah SATAY GORENG tapi diriku buat bakar.. ehehe biar nampak the real satay...

Satay Ayam..
Source: Kak Fida myr

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.  

Tuesday, February 1, 2011

Rendang Ayam Hancur

Tak dan nak celoteh panjang.. resipi dari Izah Muffin Lover. Thanks Izah



RENDANG AYAM HANCUR
sumber: izahdaut

bahan-bahan:
  • setengah ekor ayam kerat 2
  • 1/2 kiub ayam
bahan tumis:
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • seinci halia
  • sedikit lengkuas
  • 3 batang serai
  • 15 tangkai cili kering
  • rempah 4 sekawan
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • daun kunyit @ limau purut
  • gula&garam



caranya:
  1. Ayam yang telah dibersihkan direbus sebentar bersama kiub ayam. 
  2. Siapkan bahan tumis dan blend kesemuanya kecuali rempah-rempah. 
  3. Panaskan 2 senduk minyak. Masukkan 4 sekawan dan bahan tumi yang diblend tadi. 
  4. Tumis hingga naik bau dan masukkan rempah kurma dan kari. Tumis lagi hingga garing. 
  5. Kemudian masukkan ayam yang direbus bersama airnya sekali. Kacau hingga sedikit kering dan wangi kemudian masukkan santan. Kacau lagi hingga isinya keluar dari tulang dan hancurkan sedikit menggunakan sudip. 
  6. Masukkan kerisik dan seterusnya perasakan gula dan garam dan daun kunyit atau limau purut yang dihiris halus. Setelah kering boleh hidangkan.

Wednesday, December 15, 2010

Sup Ayam Lengkuas

Resepi yg pernah dikongsi di myresipi... dpt dari belakang kotak kiub ayam knorr..tp kali ni tak letak santan. Namum rasanya tetap sedap.



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isii ayam, hiris nipis.
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos kan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.

Cara-cara

  1. Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
  2. Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.



Friday, October 15, 2010

Ayam bistik

Gandingan Nasi Serai untuk hari ni. Ayam bistik resipi dari dayang_jack


Ayam Bistik

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak)
    2 batang serai (dititik)
  • 50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili (dibancuh dgn air)
  • 100 g puri tomato
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2-3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan sos cili
  • garam
  • kacang peas - jika suka

Bahan-bahan mesin :

  • 7 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
  3. Hidangkan.

Friday, October 8, 2010

Ayam masak merah berempah

Menu lunch hari ni ayam masak merah berempah yang resipinya diangkut dari rumah Kak Nor Ganu. Walaupun ada benda yg terpaksa ditukar ganti dan bahan sampingan terlupa nak letak. Namun rasanya tetap sedap bangat.

Sape-sape yang belum try lagi resipi ni bolehlah cuba.. memang tak rugi. Kat sini nak tempek gaklah resipi yg diangkut dari "Ganu" nun.. untuk rujukkan akan dtg.. Minta ijinlah ye Kak Nor..

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas (buh 11/2 sb ja.. sbb dlm umah ni ada kanak2 ribena)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa ( stok asam jawa dan balik ke kedai.. terpaksa ganti dgn lime powder)
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan: (terlupa nak buh gara2 kalut sgt bila anak2 dah balik dari skool. si kecik plak dok merengek tak selera...sebab dah ter____k dlm drypers. )
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6

Tuesday, July 20, 2010

Ayam goreng krispy

Meh sini cepat.. ambik ayam goreng krispy ni. Nak resipi ke?..
Takyahlah senang je.

Amik kunci keter, start enjin keter. Pehtu gelek tayar keter gi supermarket. Cari ayam goreng krispy A1. Amik ayam tu, gi bayar kat cashier. Pehtu bawa balik goreng kat umah masing-masing.
Bolehlah dimakan bersama family tercinta. Tak kisah nak makan gitu-gitu je atau dgn nasi..

Hihi.. minta maap semua terpaksa layan tuan umah yg x brp sehat sikit hari ni..

Tuesday, July 13, 2010

Ayam perap masak merah madu


Arihni masak Ayam perap masak merah madu. Resipi dari  blog kak ummi. Tapikan.. tapikan aku wat tadi tak ikut betul-betul pun sukatan tu. Hanya guna 2 ketui whole leg. Kuantiti bhn2 lain pun aku adjes ikut suka hati ja. Puri tomato pulak.. oleh kerna takde dlm stok aku gantikan dgn 2 biji fresh tomato.

Hasilnya emmmm... sodap.. Tapikan kalo masak ayam takleh nak amik budak2 dalam rumah ni sebagai juri. Depa ni tak suka makan ayam. Walau sedap mana aku masak ayam.. depa mkn sket ja. Tadi masak 2 ketui whole leg utk mkn tengahari masih tinggal lagi 2 ketui bahagian paha. Heran aku... depa ni makin besar makin kurang makan lauk. Tak kira ayam ke ikan. Daging dan udang langsung tak suka.

Stop bebel pasal budak2.. ok ni resipi yg dikopipes dari blog kak ummi. Akak terima kasih ye.
AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Majalah SAJI

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
  • 2 sb. rempah kari ayam
  • 1 sb. serbuk kunyit
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
  • 5 sb. madu
  • 1 sudu besar gula merah
  • 2 sb. puri tomato (xde stok.. so ganti dgn fresh tomato)
  • garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
  2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
  4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
  6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
  7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails