Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Nasi Biryani Kambing

Fist time masak guna daging kambing. Sebelum ni tak berani nak try takut bau kambing tu kuat sangat. Tadi sebelum buat eksperimen di dapur, tanya dulu pakcik google  cara nak hilangkan bau hamis kambing. Apa dia kata... Lumur daging tu dengan tepung, biarkan 20 minit. Lepas tu buh pula jus limau, biar lagi 30 minit. Walaa.. nilah hasilnya. Berjaya juga masak nasi biryani kambing yang sodap ni...

Errrr takleh nak sembang banyak.. ada gangguan dari budak keciklah pulakkkk ;p


Nasi Biryani Kambing
Sumber : mrsdayat myr

Bahan-bahan ( 4org )
  • 3 cwn beras basmathi
  • sedikit rempah tumis
  • *6 ulas bwg merah (blend)
  • *5 ulas bwg putih (blend)
  • *2"halia (blend)
  • setengah biji bwg besar (hiris)
  • sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
  • 2-3 tbsp minyak sapi ( sy guna minyak jagung)
  • 1tsp garam
  • sedikit pewarna kuning
  • gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
  • 2tbsp rempah baryani
  • 4 setengah cwn air
  • setengah cwn susu cair


Cara-cara
  1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
  2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
  3. masukkan air..tunggu sampai didih
  4. masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
  5. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
  6. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
  7. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
  8. masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...        



Kuah daging briyani
Sumber: mrsdayat myr

Bahan-bahan
  • setengah kg daging lembu (potong kiub) ( sy guna daging kambing)
  • setengah biji bawang besar (hiris)
  • baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
  • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 3-4 biji cili hijau
  • 2tbsp tomato puree
  • 1tbsp sos tomato
  • 1/4 cwn susu cair
  • sedikit ghee ( sy guna minyak masak je )
  • sedikit rempah tumis
  • 3 tbsp rempah baryani
  • garam,gula,ajinomoto secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
  • 1 tbsp yogurt

Cara-cara
  1. gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
  2. tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
  3. masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
  4. masukkan daging..gaulkan.
  5. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
  7. tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
  8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
  9. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..

*** rempah biryani sy tumis sekali dgn bhn2 kisar..

Sunday, August 5, 2012

Takikomi Gohan


Hari Japanese dish untuk kami hari ni.. bersahur dgn maki sushi dan buka pose tadi dgn takikomi gohan..  very simple dish.. Hahaha makanan jepun mana ada susahnya nak sedia.. takde tumis-tumisnya. Main buh semua dalam periuk.. cuba bahan-bahan yg digunakan tu kena betul-betul fresh baru sedap. Tapikan rasa macam tak lengkap pulak.. takde miso  soup...;p

Lepas makan takikomi gohan tadi teringin lak nak makan ochazuke ... huwaa rindunya kat makanan jepun... Ochazuke dulu ni mula-mula dengar pelik juga. Apa taknya nasi dimakan dengan teh hijau panas. Bila makan pergh sodapppp. Nasi dibubuh ke dalam mangkuk dan dituang teh hijau panas sebagai supnya. Ala-ala nasi sup gitu.  Pastu diletakkan tsukemono,umeboshi, furikake, salmon .. macam-macam lagilah sebagai toppingnya.. emmm yummy..



Takikomi Gohan

Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras jepun
  • 2 sudu besar kicap jepun (shoyu)
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil dashi
  • 4 cm halia muda
  • 2 keping ikan merah
  • sedikit daun bawang


Cara-cara:
  1. Cuci beras dan rendam selama 1/2 jam.
  2. Bakar separuh  masak ikan di atas api.
  3. Masukkan shoyu,gula,cuka,dashi, halia muda ke dalam periuk nasi. Kacau.
  4. Letakkan ikan di atasnya. Masukkan air (jumlah sukatan air bergantung pd jenis beras yg diguna) . Masak seperti biasa.
  5. Bila nasi dah masak, keluarkan ikan dari periuk. Asingkan tulang dan isinya. Masukkan semula isi ikan ke dalam mangkuk. Kacau nasi sehingga rata.
  6. Taburkan daun bawang sebelum menghidangkannya..





Thursday, July 26, 2012

Nasi Goreng

Nasi goreng carrot banyak-banyak.. request oleh budak yg tak pose..




Wednesday, July 25, 2012

Onigiri Tuna Mayonis

Menu bersahur kami pagi tadi. Kalau tak masak ni pagi tadi mahu anak terunaku tarik muka 14 lagi. Orang lain abih 2 ketul, dia boleh habiskan 3 ketul. Memang peberet dia dari kecil lagi ni.


Onigiri Tuna Mayo
Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras jepun
  • 3 cawan air
  • sedikit garam
  • 1 tin tuna in olive oil
  • 1-2 sudu besar mayonis 
  • nori ( seaweed) secukupnya
Cara-cara:
  1. Cuci beras dan masak seperti biasa dengan sedikit garam.
  2. Keluarkan tuna dari tin( buang minyaknya). Gaulkan dengan mayonis.
  3. Basahkan acuan onigiri. Masukkan sedikit nasi, buat lubang ditengah dan masukkan tuna mayo tadi. Tutup lagi dengan sedikit nasi. Tekan padat-padat. Balutkan onigiri dengan nori. Ataupun kalau takde acuan boleh kepal guna tangan.

Tuesday, August 2, 2011

Nasi Goreng Ikan Bilis

Lunch menu untuk dak tecik yg tak pose arini.



Nasi Goreng Ikan Bilis

Bahan-bahan ( 1 orang):
  • 1/2 cawan nasi
  • 1/2 biji telur
  • 1/4 cawan sayur campur
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • sejemput ikan bilis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit gula
 Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing.
  2. Keluarkan minyak dari kuali. Tinggalkan minyak dalam kuali lebih kurang 1 sudu besar sahaja.
  3. Tumis bawang putih sehingga bau wangi. Masukkan sayur campur dan sos tiram. Kacau sekejap.
  4. Masukkan nasi, diikuti dengan garam dan gula, goreng sehingga semua bergaul mesra.
  5. Masukkan telur. Goreng lagi nasi sehingga agak garing.
tembikai

kentang goreng & tomato

Friday, July 29, 2011

De Campak-campak Nasi Goreng

Nasi goreng campak-campak ikut bahan-bahan yg ada kat dapur.

Friday, July 1, 2011

Nasi Impit

nasi impit dgn serunding ikan bilis

Nasi Impit

Bahan-bahan:
  • 1 cwn beras
  • 4 cwn air
  • sedikit garam
Cara-cara:
  1. Cuci beras dan masak macam biasa sehingga nasi masak.
  2. Alaskan bekas dengan plastik wrap kemudian masukkan nasi sikit-sikit sambil ditekan bagi padat. -sy guna bekas tipuwere free yg dpt masa beli slice cheese jer..elok je muatnya dgn 1cwn beras.
  3. Biarkan nasi sejuk dulu sebelum dipotong.
 





    Monday, February 7, 2011

    Nasi jagung


    Bahan-bahan:-
    • 3 cawan beras
    • 1/2 cawan susu cair
    • 4 cawan air
    • 1/2 inci halia
    • 1/2 biji bawang besar
    • 1-2 ulas bawang putih
    • sedikit rempah tumis
    • sedikit butter
    • 1 sudu besar rempah kurma
    • sedikit garam
    • 1-2 helai daun pandan
    • 1/2 cawan jagung frozen
    Cara-cara:-
    1. Cuci beras dan toskan. Ketepikan
    2. Kisar bawang putih, bawang besar bersama halia
    3. Panaskan butter dalam kuali, masukkan rempah tumis dan bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kurma.. tumis lagi sehingga naik bau.
    4. Masukkan beras, kacau sekejap. Biar semuanya sekata dgn bhn yg ditumis tadi.
    5. Masukkan beras ke dalam periuk nasi( rice cooker). Kemudian masukkan air, susu, garam, jagung dan daun pandan. Masak nasi macam biasa.
    ** Ada org tumis semua bhn dlm periuk nasi.. then terus masukkan air.. masak mcm biasa. Kekadang cara ni boleh menyebabkan  nasi jd mentah.. Ini bergantung rice cooker jugalah..

    Friday, October 15, 2010

    Nasi serai

    Tengok kak nor wat nasi serai, terus masuk list untuk menu hari ni... Resipi asal dari Jun JC


    NASI SERAI by Jun JC


    2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan
    1 helai daun pandan-simpul
    2 cawan air

    Bahan tumis:
    1-1/2 sudu mkn butter
    1 biji bawang besar-hiris
    2 ulas bawang putih -hiris
    1/2 in halia-hiris
    2 sudu teh remph kurma
    3 btg serai-ketuk
    Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
    Garam secukupnya
    Bawang goreng utk hiasan

    Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
    Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.

    Monday, October 11, 2010

    Bubur nasi

    Bahan-bahan:-
    • 1/2 cawan beras
    • 1/2 kiub ayam
    • 1/2 sudu kecil garam
    • air
    Bahan sampingan:-
    • 1 gengam ikan bilis
    • 3 sudu besar kicap manis
    • 1 sudu besar cuka makan
    • 1 biji limau nipis
    • 4 biji cili padi
    • bawang goreng secukupnya
    • halia jeruk secukupnya
    • lobak jeruk yang dicincang secukupnya
    • daun sup dan daun bawang secukupnya dihiris halus.
    Cara-cara:-
    1. Cuci beras dan toskan. Masukkan air mengikut tanda sukatan memasak pada periuk nasi anda,garam dan kiub ayam.. Pilih menu untuk masak bubur nasi.
    2. Sementara nasi masak bolehlah sediakan bahan-bahan lain.
    3. Cuci ikan bilis dan goreng dengan minyak penuh sehingga garing.
    4. Sediakan pula kicapnya. Masukkan kicap, cuka, jus limau nipis dan cili yang telah dipotong ke dalam mangkuk. Kacau sehingga semua bercampur rata.
    5. Apabila nasi sudah masak bolehlah dihidangkan dengan bahan-bahan sampingan tadi.

    Inilah antara menu sarapan peberet my kids..



    Friday, October 8, 2010

    Nasi yogurt

    Oleh kerana hari ni dah berada di penghujung minggu banyaklah stok-stok yang dah kembali ke kedai. So terpaksalah kreatif sikit mengikut apa yg tinggal. Nak masak nasi tomato, tomato puree pulak takde.. buat tomato pun tinggal sebiji. Tomato  tu kalau si Alif nampak pula mesti dia nak. Suka sangat dia makan tomato. Sebiji yg besar tu dia boleh abihkan sorang-sorang. Makan macam buah epal pulak. Tapi dia tak reti lagi nak sebut nama epal dengan tomato tu. Yang dia tahu sebut "ball". Semua yang bulat itu dipanggil "ball". Kalau buka peti ais tu dia minta ball. Maksudnya nak epal ataupun tomato.

    Nak masa tadi belek stok-stok dalam peti sejuk nampak yogurt. So apa lagi hentam buat nasi yogurtlah. Resepi main hentam sendiri..  Anak-anak kata sedap. So kira menjadilah tu..



    Nasi Yogurt
    Bahan-bahan:
    • 3 cawan beras basmati
    • 1 cawan yogurt tanpa perisa
    • 2cm halia-dicincang- dicincang halus
    • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
    • 1/2 bwg besar- dicincang halus
    • 1btg kulit kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 2 biji buah pelaga
    • 2 kuntum bunga cengkih
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 sudu besar mentega
    • 1 kiub ayam
    • sedikit garam
    • 1 sudu besar gula
    • 5 cawan air 
    • kismis secukupnya

    Cara-cara:
    1. Cuci beras dan rendam selama 20 minit. Kemudian toskan.
    2. Panaskan minyak sapi dan juga mentega. Tumis buah pelaga,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan juga bahan yg dicincang sehingga wangi. Masukkan beras dan kacau sehingga sekata.
    3. Masukkan air,kiub ayam,yogurt,gula, garam. Masaklah nasi macam biasa.
    4. Bila air dah kering, masukkan kismis dan kacau nasi biar semua bahan-bahan sekata. 
    Dan ini peneman untuk nasi yogurtnya,. ayam masak merah berempah . Resipi yang diangkut dari rumah Kak Nor nun di Terengganu. Rasanya sesuai sangat bila nasi yg ada rasa masam manis ni diganding dengan lauk ayam pedas macam ni. Sekali lagi terima kasih buat Kak nor yg sudi berkongsi resipi ni.

    Dan ini hidangan sampingan yang lain sebagai pelengkap untuk lunch menu hari ni.

    Acar kobis 
    ( kobis+timun+carrot - main hentam semua apa yg ada dalam peti sejuk)

    Kerabu Mangga
    (mangga+carrot+cili padi+ lime powder+sos ikan+cili padi+ kacang tanah
    -ni pun untuk perabihkan stok mangga dalam peti sejuk)

    Saturday, October 2, 2010

    Nasi Lemak

    Nasi Lemak
    Bahan-bahan:-
    Nasi:
    • 2 cawan beras
    • 1/2 kotak kecil santan
    • 2 helai daun pandan
    • sedikit garam
    • 3 cawan air
    Sambal:
    • 1/3 cawan ikan bilis
    • 3 sudu besar cili giling
    • 1 labu bawang besar
    • 4 ulas bawang putih
    • 2cm halia
    • sedikit belacan
    • garam dan gula secukup rasa
    • sedikit air asam jawa

    Bahan sampingan:-
    • 1 cawan ikan bilis – digoreng garing
    • 2 biji telur tebus
    • 1/3 cawan kacang tanah – digoreng
    • Timun secukupnya.

    Cara-cara:
    Untuk nasi:-
    1. Basuhkan beras dan toskan.Kemudian masukkan beras ke dalam periuk nasi.
    2. Masukkan santan,air,daun pandan dan garam. Masak nasi seperti biasa sehingga masak.

    Untuk sambal:-
    1. Kisar bawang besar,bawang putih, halia dan belacan.
    2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
    3. Masukkan cili giling. Kemudian kacau.
    4. Masukkan pula ikan bilis yg telah dikisar dan juga air asam jawa. Masak lagi dengan api perlahan sehingga pecah minyak. (Lagi lama sambal dimasak, lagi sedap)
    5. Perasakan garam dan gulanya.
    6. Apabila nasi masak bolehlah hiding nasi lemak ini bersama dengan bahan sampingan lain seperti ikan bilis goring, kacang tanah, telur rebus, timun dan sebagainya.

    Latest Update .. ♥

    Related Posts with Thumbnails