Wednesday, July 25, 2012

Onigiri Tuna Mayonis

Menu bersahur kami pagi tadi. Kalau tak masak ni pagi tadi mahu anak terunaku tarik muka 14 lagi. Orang lain abih 2 ketul, dia boleh habiskan 3 ketul. Memang peberet dia dari kecil lagi ni.


Onigiri Tuna Mayo
Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras jepun
  • 3 cawan air
  • sedikit garam
  • 1 tin tuna in olive oil
  • 1-2 sudu besar mayonis 
  • nori ( seaweed) secukupnya
Cara-cara:
  1. Cuci beras dan masak seperti biasa dengan sedikit garam.
  2. Keluarkan tuna dari tin( buang minyaknya). Gaulkan dengan mayonis.
  3. Basahkan acuan onigiri. Masukkan sedikit nasi, buat lubang ditengah dan masukkan tuna mayo tadi. Tutup lagi dengan sedikit nasi. Tekan padat-padat. Balutkan onigiri dengan nori. Ataupun kalau takde acuan boleh kepal guna tangan.

9 comments:

  1. menyesal nani tak beli acuan onigiri masa gi jepun dulu. nak kena cari balik acuan ni di daiso la nampaknya.

    ReplyDelete
  2. Nuni takpe.. kat daiso, jusco ke rasanya ada. Kalau nak onigiri yg sedap guna beras jepun dr jepun.. bkn dr US ( brand sumo). Tp harganya mahal sketla.. aritu beli yg 2kg rega dia RM45

    ReplyDelete
  3. anak2 saya pun suka gak makan onogiri...kdg buat bento onigiri je ke sekolah... kadang tu chicken pop corn pun saya sumbat je dalam onigiri tu...letak mayonis sket...ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah gak buat gitu... mmg sedapkan.. plg suka sbb senang nak sediakan.. budak2 pulak suka..

      Delete
  4. salam Yani, sedap yer onigiri tu.. beras jepun tu ade mcam beras pulut kt ngara kite ni tak? adeh, akk ni jakun bebeno, xprnh la mkn yg nmenye sushi ke onigiri ke.. yg prnh cuma dorayaki, tu pn sbb bdk2 nk tau sgt cmne rse dia bila tngok doremon sukee sgt mknnye..hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia melekit2 cam beras pulut. Tapi rasanya lain sgt. Emmm biasanya kalau org yg blm pernah mkn makanan jepun ni.. bau nori tu yg buat tak boleh nak telan.. tp kalau dah biasa tu jd sedaplah pulak ;p

      Delete
  5. NK tanya beras jepun tuh jenama apa.??
    Ada jual ka kat malaysia nih??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry.. lupa jenama apa.. ada jual kat jusco. Nak beli tu kena belek2 dulu..takut ada bubuk(kutu).. biasalahkan beras jarang2 org beli ni..

      Delete
  6. akak buat onigiri tak campur dashi kombu? sedap jugak ke rasa dia?

    sebab biasanya beras sushi ni campur white vinegar garam /gula sikit, dashi kombu.

    penah nak try buat tapi mana nak cari menatang dashi kombu tu kat malaysia ni haa. beras sushi tu pun tak tau la ade jual ke tak kat ipoh ni. nori tu ade jual dekat jusco jugak ke?

    tak berani nak beli yang ready made dari restoran jepun sebab biasanya ada campur wine.

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails