Entry pertama untuk tahun 2013 wakaka.. Punyalah lama tak update blog ni. Macam-macam hal yg perlu didahulukan sehingga blog ni terabai..
Sebelum tengok gambo kerepek pisang meh kita tenang-tenangkan fikiran dengan pemandangan pagi yang indah. Pemandangan dari pintu dapur. Uhuhu lamanya tak pegang kamera...
Dan ni ha gambo kerepek pisang berkeju.. macam hebat je bunyi. Padahal kerepek pisang biasa-biasa je cuma digaul dgn cheese powder. Rasanya memang sedap.. Cara buatnya macam buat kerepek biasa. Lepas siap goreng tu.. gaul je dengan cheese powder.
Setelah sekian lama duk berebut dengan orang akhirnya dapatlah jugak merasa pisang hasil titik peluh sendiri. Uhuhu nak makan pisang yg ditanam sendiri pun susah.. tak sempat nak ambik dah ada org lain yg tolong ambikkan..
Showing posts with label snack. Show all posts
Showing posts with label snack. Show all posts
Monday, January 21, 2013
Friday, July 13, 2012
Tortilla Chips
Aktiviti menghabiskan tortilla.
Tortilla chips
Bahan-bahan
Tortilla
( makcik lupa nak amik gambolah... dah siap buat chips baru terfikir nak share resipi kat sini)
Bahan-bahan ( 9 biji -18cm):
Tortilla chips
Bahan-bahan
- tortilla ( boleh beli yg dah siap atau kalau rajin boleh buat sendiri.. )
- garlic spread
- Sapu garlic spread pada permukkan tortilla. Potong kecil-kecil
- Bakar dgn suhu 180 degree selama 5 minit. Kalau masih lembut biar 1-2 minit dlm oven kemudian keluarkan dan sejukkan .
Tortilla
( makcik lupa nak amik gambolah... dah siap buat chips baru terfikir nak share resipi kat sini)
Bahan-bahan ( 9 biji -18cm):
- 300g tepung gandum
- 1/4 sudu kecil garam
- 2 sudu besar olive oil/ minyak masak
- air suam secukupnya
- Masukkan tepung, garam dan minyak ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata. Masukkan air suam sikit demi sedikit sambil diuli. Uli sehingga hasil satu doh yang lembut. Rehatkan 30 minit.
- Bahagikan doh kepada 9 bahagian . Buat bentuk bulat. Canaikan lebih kurang 18cm diameternya.
- Panaskan non stick fry pan. Goreng tanpa minyak 1-2 minit untuk setiap permukakan
Labels:
snack
Tuesday, June 21, 2011
Keropok lekor Ganu
Keropok lekor ganu yg paling best...sedap sgt. Err ada ke kopok ganu yg tak best. Setakat ni semua yang beli kat Ganu sedap-sedap belaka kecualilah kopok lekor ganu yang tak asli.... mcm yg ada jual kat sini , tulis jer nama kopok lekor ganu tapi rasanya tak sesedap yg beli kat Ganu. Walaupun tak sesedap selalu gak beli. Dan setiap kali beli tak pernah pun tak abih.
Nih kopok lekor yg my kakak beli kat Ganu. Pastu dia kirim keropok ni kat abg yg balik bercuti masa cuti sekolah haritu. Uhuhu dapat gak merasa keropok lekor yang sedap bangat. Katanya nak beli keropok ni kena amik nombor.. uih mesti glemer kedai kopok ni kat sana kot.
Kat dalam freezer masih ada separuh lagi kopok yg belum digoreng. Petang ni bolehlah goreng wat minum petang.. emmm yummy...

Friday, February 18, 2011
Homemade Pretz
Pretz utk kanak-kanak ribena buat kunyah petang-petang sambil tengok citer kartun. Sape yang tak tahu apa itu pretz ni ada penerangan dari pakcik wiki.
Semalam buat dua perisa.. chicken cheese pretz dan anchovies chili pretz. Dua-dua dapat sambutan dari kanak-kanak ribena...
Di bawah ni resipi untuk buat chicken cheese pretz. Bahan-bahan yang bertanda ( * ) boleh ditukar kepada benda lain mengikut perisa yang nak dibuat. Kalau nak rasa kemelayuan sket boleh letak serbuk kari dan daun kari yg dicincang halus cam buat kuih ciput cedut tu.. ehehe
Bahan-bahan:-
Cara-cara :
Untuk anchovies chili pretz ni hanya tukar serbuk pati ayam ganti dengan serbuk ikan bilis. Manakala utk grated cheese tu saya ganti dengan 2 sudu kecil serbuk cili -boleh lebihkan kalau nak lagi pedas.
Pretz (プリッツ, Purittsu) is a Japanese snack made by Ezaki Glico. Like Ezaki Glico's other popular snack, Pocky, Pretz is stick-shaped and comes with a texture similar to pretzels (hence the name). Unlike Pocky, Pretz is dusted with seasonings instead of enrobed in a flavored fudge.
Semalam buat dua perisa.. chicken cheese pretz dan anchovies chili pretz. Dua-dua dapat sambutan dari kanak-kanak ribena...
Di bawah ni resipi untuk buat chicken cheese pretz. Bahan-bahan yang bertanda ( * ) boleh ditukar kepada benda lain mengikut perisa yang nak dibuat. Kalau nak rasa kemelayuan sket boleh letak serbuk kari dan daun kari yg dicincang halus cam buat kuih ciput cedut tu.. ehehe
Bahan-bahan:-
- 200g tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil gula kastor
- 100ml air
- 2 sudu besar mentega/marjerin -dicairkan
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam *
- 3 sudu besar parmesan cheese powder (grated cheese) *
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi bentuk doh.
- Canaikan lebih kurang 1cm tebal. Kemudian potong seperti dalam gambar di sebelah.
- Panaskan oven sehingga suhu 170 degree. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga jadi rangup.
Chicken cheese pretz
anchovies chili pretz
Untuk anchovies chili pretz ni hanya tukar serbuk pati ayam ganti dengan serbuk ikan bilis. Manakala utk grated cheese tu saya ganti dengan 2 sudu kecil serbuk cili -boleh lebihkan kalau nak lagi pedas.
Monday, January 10, 2011
Arrowhead chips
Chips yang hanya boleh dibuat sekali setahun je ni.. Time CNY je ada jual arrowhead. Sape yg tak kenal apa itu arrowhead boleh tanya "pakcik google" . Semua arrohead yg makcik beli dah dijadikan chips.. takde tinggal seketul pun utk diambil gambo.
Bahan-bahan:-
Cara-cara:
Bahan-bahan:-
- Arrowhead
- minyak
- sedikit garam
Cara-cara:
- Basuh dan kupas kulit arrowhead. Sagat nipis-nipis.
- Panaskan minyak yg byk dlm kuali. Masukkan sedikit garam.
- Goreng arrowhead hingga perang.
- Sejukkan- kemudian boleh disimpan dlm bekas kedap udara.
Labels:
snack
Saturday, November 27, 2010
Kerepek Ubi Kayu
Bahan-bahan:-
- ubi kayu
- minyak masak
- sedikit garam.
Cara-cara:-
- Basuh ubi kayu dan kupas kulitnya. Potong ubi jadi nipis-nipis
- Panaskan minyak masak. Masukkan sedikit garam. Goreng ubi yang t elah dihiris tadi sehingga perang atau garing.
- Siap untuk dikunyah
Labels:
snack
Friday, November 26, 2010
Prawn ball, renkon hot & crunchy
Prawn ball digoreng dengan tepung cendawan goreng hot & crunchy. . Resipi asal bulih tengok kat sini.
Bahan2:
utk prawn ball
Cara2:
Bahan2:
utk prawn ball
- 1 cawan isi udang
- 2 sudu besar tepung jagung
- sedikit garam
- 2-3 btg daun bawang
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 cup/bekas yogurt plain
- 1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
- 1 sudu besar serbuk cili kasar ( x letak.. takde dlm stok)
- 1 1/3 cawan air
- 1 sudu kecil garam
- minyak utk menggoreng
Cara2:
- Masukkan semua bahan utk prawn ball kecuali daun bawang ke dalam pengisar. Kisar sehingga udang hancur.
- Keluarkan udang dari pengisar. Campurkan dengan daun bawang yang telah dihiris halus.
- Buat bentuk bulat kecil-kecil.
- Bancuh kesemua bahan2 utk batter kecuali minyak hingga sebati.
- Panaskan minyak dgn api yg kuat.
- Bila minyak dah cukup panas, celupkan prawn ball ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
- Angkat dan toskan.
- Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Lebihan batter diguna untuk goreng renkon( lotus root).. yumm..yummy.
Labels:
snack
Wednesday, November 24, 2010
Florentines
Simple snack guna puff pastry.
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 8 keping kulit puff pastry jenama kawan
- 40g gula
- 50g madu
- 50g butter
- 50g almond slices
- Panaskan oven sehingga suhu 220 degree. Bakar kulit puff selama 8 minit atau sehingga nampak sedikit perang.
- masukkan gula, butter dan madu ke dlm periuk. Panas sehingga mendidih. Masukkan pula almond slices. Masak sehingga pekat.
- Keluarkan puff dari oven. Tekan-tekan dengan sudu pada permukaan puff supaya jadi rata.
- Letakkan 1-2 sudu no.2 tadi ke atas permukaan puff. Ratakan.
- Bakar semula puff pada suhu 180 degree selama 10-15 minit atau sehingga almond keperangan.
- Potong kepingan puff kepada bahagian kecil ketika masih panas-panas. Sejukkan sebelum dimakan.
Friday, October 15, 2010
Cendawan goreng hot & crunchy
Ingatkan nak tayang gambo ni hari rabu lepas. Tapi disebabkan internet "kong" sepanjang hari, terpaksa ditangguhkan. Ingatkan streamyx yg ada problem, ghupe ghupenya kena POTONG sebab dah 3 bulan bil tak bayar. Tak sedar pun.. dan tak perasan pun bil tak sampai. Almaklumlah setiap bulan macam-macam bil kena settle.
Apalah TM ni org dah berkurun pi tukar alamat baru, dia masih dok hantar bil kat alamat lama. Dan kita pula selepas buat penyerahan kunci kat adik tuan rumah, langsung tak gi check surat-surat kat sana.
Apalah depa ni buat pekasam ke borang yang isi dedulu tu. Nak kata masa pi tukar alamat hari tu org ramai pun dak juga... emm entahlah. Ok stop membebel.. ni resipi yg diambil dari umah kak nor. Minta ijin tempek resipi tu kat sini ye..
CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY

- 400 gm cendawan tiram
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 cup/bekas yogurt plain
- 1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
- 1 sudu besar serbuk cili kasar
- 1 1/3 cawan air
- 1 sudu kecil garam
- minyak utk menggoreng
Cara2:
- Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
- Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
- Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
- Panaskan minyak dgn api yg kuat.
- Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
- Angkat dan toskan.
- Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
- Selamat mencuba :)
Labels:
snack
Thursday, September 30, 2010
Churros
Minta maap semua kerna tuan umah lama sgt dok tayang biskut raya. Untuk menghilangkan boring anda semua meh ler tengok gambo churros pulak... Sebenarnya tuan umah pun dah boring yg teramat tengok gambar biskut tu.. ngeh..ngeh..ngeh...
Sebenarnya dah banyak gambar baru kat dlm kamera tapi tak dan nak tempek kat sini.. Ni pun tengok gambar saje dulu ye... RESEPI akan menyusul kemudian.
Sebenarnya dah banyak gambar baru kat dlm kamera tapi tak dan nak tempek kat sini.. Ni pun tengok gambar saje dulu ye... RESEPI akan menyusul kemudian.
Labels:
snack
Subscribe to:
Posts (Atom)