Showing posts with label ada-ada aje. Show all posts
Showing posts with label ada-ada aje. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Hari Anugerah 2012

Sabtu lepas merupakan hari anugerah kat sekolah my anak dara. Alhamdulillah selama empat tahun dia belajar di SKSI, empat kali jugalah kami dapat jemputan dari pihak sekolah utk meraikkan kejayaannya pada hari anugerah. Ibubapa mana yang tak banggakan... Kejayaan anak-anak  merupakan hadiah yg tak ternilai.

Tapi apa yang tak puashatinya bila setiap kali diadakan aktiviti mesti acara dimulakan lewat daripada masa yang tercatat di dalam surat jemputan. Kalau lewat 5-10 minit tu bolehlah dimaafkan.. ni dekat 1 jam... yang jadi masalahnya bagi mereka yg ada anak-anak kecik macam saya ni ler... Nak tinggal kat rumah takde sapa nak jaga. Acara baru nak mula budak-budak kecik dah mula boring..

Dalam surat jemputan tulis pukul 8.00 pg. Dekat pukul 9 baru nak mula. Pukul 8 pagi tu cikgu cikgi masih sibuk duk susun hadiah, betulkan mikrofon dan macam-macam lagilah.. nampak sangat kesibukkannya. Takde tanda-tanda acara akan dimulakan dalam masa terdekat. Ibubapa pula yang memang dah faham keadaan, pukul 8 pg tu baru hantar anak-anak. Pastu balik ke rumah semula. Dalam pukul 8.30pg baru datang semula.. Kalau yg rumah dekat tu bolehlah nak ulang alik macam ni.

 2 orang budak yg kebosanan

 "eeee.. saya dah bosan....."

Emmm memang dah jadi tradisi. Kat mana-mana walau apa acara, susah nak jumpa acara dimulakan pada masa yang telah ditetapkan. Mungkin ada yg kata .. apalah yg nak merepeknya. Perkara biasalah tu. Tapi tak bolehkan kita mengubahkannya.. cuba menepati masa. Terutama di sekolah yg boleh dijadikan sebagai contoh. Cikgu cikgi perlu buat persiapan lebih awal. Bila sampai masa, terus mulakan acara. Takyah nak tunggu para jemputan yang lewat. Untuk yg datang lewat dan terlepas acara biar jadi pengajaran kat dorang supaya next time boleh dtg tepat pada masanya.

Sekarang ni ramai ibubapa yg ada kamera. Bila time aktiviti anak-anak tak kira persembahan ataupun masa terima hadiah, ibubapa mesti penuh kat depan duk ambik gambar. Kalau zaman dedulu cikgu sekolah sorang jer yg nampak pegang kamera. 
Semalam tu boleh tengok macam2 jenis kamera ada. Tak kira dlsr ke .. kompak ke. Yang guna handphone camera pun ramai.. 

Nah apa lagi, sekaranglah kalau kita semua nak buat perubahan. Cikgu cikgi try la mulakan acara tepat pada masanya. Ibubapa mesti akan dtg awal sebab tak nak lepaskan peluang merakamkan aktiviti anak-anak pada hari tersebut. Bagi ibubapa yg termissed utk merakam aktiviti anak-anak tu akan jadi pengajaran supaya next time akan datang awal.

Oppppsss bila tengok semula dalam buku aturcara semalam tu. Pukul 8.00 pagi ketibaan para jemputan. Bukannya acara akan dimulakan.. so bolehkah nak disalahkan apabila acara dimulakan hampir pukul 9.00 pg. Emmm perlukah dimasukkan dalam buku aturcara ketibaan para jemputan??? Sedangkan masa untuk memulakan acara tidak ditulis dengan jelasnya.

Berdasarkan pengalaman yang pernah dikutip ditempat orang. Bila dalam surat jemputan tulis pukul 8.00pg, maksudnya acara akan dimulakan tepat pukul 8.00pg.. Para ibubapa akan datang awal sebelum pukul 8.00 lagi... sebab tak nak missed snap gambar aktiviti anak-anak masing-masing.
Masing-masing berebut datang awal sampai sanggup beratur diluar  menunggu dewan dibuka.

Kat atas ni hanya pandangan makcik aje.. harap takde sape-sape yang tersinggung dgn pandangan makcik ni..

my 10yrs old daughter

To my anak dara.. bila nak ulang lagi result (bln Mac) macam kat bawah ni..


Saturday, November 3, 2012

Wong Mew Choo Sombong

Weh ni nak citer sket...........
Masa aku shopping barang dapur tadi terjumpa dgn Datuk Lee Chong Wei dengan Wong Mew Choo. Aku tengok gitu je pasangan ni sebab nak berebut ambik ayam. Hari ni supermarket tu buat sale gila-gila untuk ayam kampung. Murah sangat- sangat. Tapi stok terhad. Org ramai pakat berebut duk ambik. Aku sempat ambik dua ketul yg last.. kecik-kecik je. Pastu aku letak kat dlm troli. Then aku gi ambik pulak sotong... Bila nak letak sotong kat dlm troli.. baru aku sedar troli aku dah takde..

Cari punya cari nampak ler troli aku tu tersorot kat sebelah troli cleaner cuci lantai dgn ayam aku dah terabur kat dlmnya. Ada orang bagitau Wong Mew Choo tolak troli aku ni sebab aku parking kat tgh jalan. Bengang sungguhlah aku.. dah lah bukan main susah lagi aku duk berebut ayam tadi.

Pastu aku tolak troli tu gi cari Wong Mew Choo. Nampak dia sorang-sorang duk tengok tengok barang. Datuk Lee Chong Wei pulak duk buat bayaran kat kaunter. Bila dia nampak aku datang ke arahnya, dia jeling-jeling jer dgn muka sombong nak mampus. Aku ni dengan geramnya ambik plastik sotong dari troli then aku pusing-pusing depan muka dia. Abih air sotong yang hitam tu terpercik kat muka dia. Berlari dia gi cari toilet. Puas hati aku..

Tetiba kaki aku sakit.. arghhh......... kena gigit nyamuk..
Alamak rupa-rupanya aku bermimpi daaa... pukul berapa entah aku tertidur tadi.  Sekarang dah kul 11 mlm. Yang aku ingat tepat kul 9 mlm tadi aku kunci semua pintu dan tutup semua lampu kat bawah. Bawa si kecik naik atas dan ulik dia tidur.  Agaknya  aku pun terus tertidur sama sampai terlupa nak on ubat nyamuk. Biasanya kerja-kerja kunci pintu, tutup lampu ni boyfriend yg buat. Bila dia takde terpaksalah aku ambik alih... uwaaa tak sabar nak pergi jemput dia kat airport esok... Boleh aku serah balik kerja-kerja am dia tu hahaha...


Hahaha gelak lagi... Macam manalah pasangan ni boleh masuk dalam mimpi aku. Tengahari tadi, balik dari hari anugerah kat sekolah my daughter, singgah makan kat kedai Maksu. Perut pun dah lapar, malas nak balik masak. Salah satu lauk yg aku makan tadi ialah ayam kampung goreng. Sampai kat rumah tadi aku rehat jap sambil baca paper online. Salah satu berita yg aku baca ialah tentang perkahwinan pasangan ni akn diadakan secara live kat ntv7.

Bila teringat mimpi tadi.. hihihi tersenyum sorang-sorang. Tak logik langsung.. Ada ke Datuk Lee Chong Wei nak shopping kat tempat-tempat mcm Econsave(tempat yg biasa aku shopping brg dapur ler ni) gitu..  Tapikan dlm mimpi aku tadi tempat shopping tu macam tempat high-class gitu.. takde pulak nampak pekerja-pekerja yg pakai uniform Econsave.

Bila dah terjaga gini.. pasti susah nak sambung tidur.. ni yang aku tak suka ;p . Kalau layan internet ni boleh sampai ke pagi... ish dah lama tak buat blog walking. Teringin tapi tak sempat.. uhuhu minta maaf ye semua.. kalau saya tak buat kunjungan balas.. ada yg buat kunjungan tp tak sempat nak komen... Ni nak kena paksa tidur jugak..esok nak kena bangun awal. Nak pergi pasar. Kalau dak kecik bangun dulu terpaksa ler heret dia pergi pasar sama-sama ;p ..

Tuesday, October 30, 2012

Apa dah jadi

Hahaha... apa dah jadi dgn blogku ini..
Very very kebudak-budakkan...
Apa anak daraku dah buat ni ohohoho.. pengsannnn


Sunday, October 21, 2012

Burger

Permintaan my 3yrs old son .......

Thursday, October 18, 2012

Bila ler nak Insaf

Ish bila ler pakcik ni nak insaf..asyik duk kutip hasil tanaman orang je... :p

tengok tu.. my jantung pisang kat dlm bakul beskal.. 
harap2 pisangku tak dikebasnya juga.
dlm guni tu pulak kelapa yg diambil dr kebun org kat belakang rumah ni..


Kat luar pagar tu my kebun pisang..  Tapi sampai sekarang belum sempat mkn hasil... org lain dulu yang kebas. Sekarang ni ada dua tandang pisang muda.. Harap-harap sempat ler merasa.

Wednesday, September 5, 2012

Photo Print

Setelah berkurun duk simpan gambar dalam bentuk soft copy, akhirnya tadi org skynet mai hantar ni...


Gambar-gambar ni semua print kat sini . Selain murah perkhidmatannya memang bagus. Upload gambar ni hari isnin, selasa dorang print dan rabu ( hari ni ) dah dapat... cepatkan.  Masa awal-awal eoe online ni wujud pernah gak 3-4 kali print... pastu stop sampai ler kali ni print semula. Masa tu mungkin kami antara pelanggannya yang terawal. Kalau tengok kat website tu ada gambar kami yg diletakkan kat muka depan website tu.. ahak ada tak orang perasan...

Kali ni hanya print 214 keping je.. makcik tak larat nak upload banyak-banyak daa ;p ... Tak larat nak upload satu-satu.. Software yg disediakan oleh company berkenaan hanya support windows OS dan IE sahaja.. takde utk pengguna Mac..


Tuesday, June 21, 2011

Tinggal Kenangan

Uhuhu lama makcik tak update blog ni. Dari cuti sekolah haritu lagi. Time cuti sekolah malas nak berebut laptop dgn budak2 dalam rumah ni. Bagi jer depa guna. Entry father"s day tu sebenarnya dah lama tulis, cuma set post datenya. :)

Bila cuti sekolah dah abih, takleh lagi nak bertenet. Terpaksa pula balik kampung, grandma in law meninggal. Pergi yang tak akan kembali. Yang tinggal hanyalah kenangan. Dan sebagai kenangan, sandal arwah ini menjadi milikku. Sebenarnya takde sape dikalangan anak cucunya yg lain muat dgn sandal ni. Hanya kakiku yang kecil comel ni je.. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.










Masa balik kampung haritu, dapat pulak prezen dari SIL. TIGA biji novel. Sonoknya... tapi takleh start baca lagi. Kena tunggu projekku settle dulu baru boleh ngadap novel ni.



Bila dah start baca, selagi tak abih  susah nak stop. Untuk mengelakkan tangan ni gatal-gatal pi belek novel tu, biar ler novel tu berbalut dulu. Kalau dah start belek nanti, semua kerja lain terpaksa ler makcik tangguhkan...


Monday, April 18, 2011

Salah "umah" ke???

Semenjak ada dak tecik no.2 ni, aktiviti harian makin bertambah. Nak jalan2 kat "umah" teman-teman pun tak sempat. Kalau yg sempat masuk pun tak sempat nak tinggalkan jejak. Kekadang tu hanya masuk amik resepi je.

Jap tadi sempat jalan-jalan kat blog  yg  dah  pemes. Sebut saja nama tu mesti ramai yg dah tahu. Pastu klik satu link dr entry Mocha Muffin , terkezut jap... aik aku salah masuk "umah" ke ni?... naper gambo pulut doyan makcik ada kat sini... Oh..oooo..

Adeih.. 2-2 dak tecik nangis ler pulak.. kalo ada masa makcik sambung celoteh ni kemudian...

Wednesday, December 1, 2010

Special entry utk Ija

Nih spesel entry untuk Ija.. mungkin dia tertunggu-tunggu my reply.. Sebelum tu copy dulu apa yg dia tulis kat cbox tu..

ija: kak, kalo mayo campur ngan sos cili n sos tomato ianya dipanggil cocktail sauce walau dtambah ngan yogurt.. jgn la kak pandai2 buat cam resepi sendiri lak...

Nampaknya ija marah benor dgn nama resipi Yogurt Mayo Source yang makcik pos kat sini sebelum ni. Ya ampunn... mari kita rileks dulu dengan makan kacang botol hot & crunchy dan juga bendi hot & crunchy.


Opppsss.. terlebih dahulu kena minta ampun dari kak nor sebab resipi cendawan goreng hot & crunchy  dah buat macam resepi sendiri pulak :p .. ubah jadi prawn ball, renkon hot & crunchy , bendi goreng hot & crunchy dan juga kacang botol goreng hot & crunchy. Kak Nor terima kasih banyak2 sbb share resipi yg mabeles tu.. Budak2 mkn kacang botol dan bendi goreng tu kalah ayam goreng..

Ok berbalik pada komen ija tu... terima kasih kerna bagitau pasal nama cocktail source tu.. Tapi rasanya tak salah kalau i nak bagi nama Yogurt Mayo Source . More specific kan... Senang my kids nak sebut.. So bila dia kata nak yogurt mayo source.. i dah tahu apa yang dia orang nak. Tapi kalau sebut cocktail source, i tak tahu apa yg sebetulnya dia org nak... hanya campur ketchup dgn sos cili ke .. nak tambah mayonis ke atau macam mana..


So take it easy...

Thursday, October 28, 2010

Rileks jap

Minggu ni rileks jap dari tengok gambo makanan.. Sebenarnya aktiviti memasak on je macam biasa. Tapi sejak balik dari spital ni banyak kerja nak kena buat.Hujung minggu lepas terpaksa rehat kat wad jap sambil teman dak kecik ni.

Mula-mula pi klinik sebab dia batuk dan selesema. Masa kat klinik tu tetiba dia kata sakit perut.. rupanya dia penat.. susah nak bernafas. Kenalah bagi sedut gas. Lepas sedut gas tu ok jap.. petangnya jadi balik.. pi lah klinik semula.. Sedut gas lagi. Pastu doktor suh gi spital. Kenalah tahan kad wad 2 malam. Ingatkan dia kena asma.. heran jugalah kalo kena asma sebab kedua-dua belah kami takde pun yg hidap asma.. Sib baik bukan.. hanya banyak kahak dalam peparu yg menyebabkan dia susah nak bernafas.



Dak kecik ni setiap kali nampak nurse datang mulalah nangis 
takut kena makan ubat.

Walaupun tak sihat tapi selera makannya tak berubah.. 
berselera dia makan.. 
ke sebab semua makanan dia sedap-sedap.. hihi. 

salah satu menu yg ada.. bubur nasi ayam... saiz utk org dewasa
habis separuh dia makan... yg selebihnya dimkn oleh org yg sihat hahaha..


Kaki sapelah pulak ni... 
orang yang sihat ke atau yg sakit dok atas katil ni..

 

Tuesday, October 12, 2010

Gambar baru photo profil

Gambar yang dilukis oleh anak daraku. Jumpa lukisan dia ni time dok kemas bilik. Lepas di snap dgn kamera.. adjust sket dgn photoshop. Jadilah macam ni.
Terkejut tuannya bila tengok ada lukisan yg dilukis kat blog mamanya... ehehe

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails