Saturday, September 1, 2012

Biskut Cendawan

Terjatuh cinta dengan biskut cendawan yang kak ita buat.. Lagipun nak mengetes cookie cutter yg tak pernah digunakan. Dah bertahun beli.. masa kat jepun lagi, baru sekarang nak guna. Tapi saya buat takde ler secantik dia.

snap dari balang semekut jer ler.. 
tak sempat nak posing cantik2.. asyik ada gangguan jer

Siap satu adunan.. ya ampun tak nak buat lagi dah. Lama sangat nak dapat siapkannya. Dengan gangguan si budak kecik duk tarik itu, duk tarik ini. Pening paler dibuatnya.. Mungkin dia pun excited tengok biskut kalerpul ni.. Biskut ni dapat sambutan dikalangan kanak-kanak masa raya hari tu..

Resipi kopipes dari blok Masam Manis..


BISKUT CENDAWAN
Rujukan : Naz & Kak Ita
  • 225 gm butter
  • 75 gm gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan Ayak
  • 300 gm tepung gandum atau tepung rose
  • 90 gm tepung jagung
  • 15 gm susu tepung
  • 1 sudu teh emplex
Cara-cara:

  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati
  3. Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
  4. Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung
  5. Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven
  6. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter
  7. Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat
  8. Terap doh dengan acuan cendawan
  9. Susun terapan cendawan atas loyang
  10. Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak
  11. Setelah masak sejukkan
  12. Sekarang kita sediakan icing

ICING

  • 1 biji putih telur
  • 90 gm gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh jus lemon

  1. Pukul putih telur hingga kembang
  2. Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
  3. Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan
  4. Masukkan dalam piping bag
  5. Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi
  6. Hiaslah ikut kreativiti masing-masing
  7. Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit
  8. Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

1 comment:

  1. canteeknyeer.. suke tengok.. kids memang suke yg kalerpul cenggini kn..heee..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails