Inilah resepinya... Terima kasih pd Kak An yg sudi kongsi resipi yg mudah ini
Bingka Ubi Kayu
Sumber : Periuk Tanah
Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang- loyang 4 persegi besar)
- 4 cawan ubi kayu siap diparut
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
- setitik dua pewarna kuning telur
Cara membuatnya:
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata. Tambah 1 sudu besar gula lagi jika ingin lebih manis.
- Panaskan oven pada suhu 190 darjah api atas dan bawah. Lengserkan loyang dengan margerin.
- Masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan. Letak di rak paling bawah dalam oven. Bakar hingga masak selama 1 - 1 1/2 jam. Keluarkan daripada oven bila bingka keperangan di bahagian atasnya.
- Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.
sedapnya...teringin pulak nak makan ubi kyu dah rasanya tekak nie...
ReplyDeletemacam senang.... tapi ubi kayu ni kalau yg beli tu, takot kena plak yg masuk angin.. x sedap.. hmmm kena balik kg dulu... leh korek ubi kat umah mak..
ReplyDeletesimple je bahan2 nak buat ni...boleh try jugak lain kali
ReplyDelete