Biasa orang buat kuih ni dengan cara mengukus. Bahagian hijau tu ubi kayu yang diparut or sagat. Kemudian dicampur dgn air pandan dan juga gula. Kemudian dikukus sehingga masak. Tapi my kakak ajar bahan-bahan untuk ubi ni dicampur semua dan dimasak diatas api kecil sehingga parutan ubi bertukar ke warna jernih.
Bahagian atas putih ni org kelate panggil kepala santan ... Santan pekat yang dicampur dengan sedikit garam dan tepung beras. Kemudian dimasak sehingga pekat.
Kat bawah ni resepi tanpa sukatan yg tepat... main ikut byk mana ubi kayu yg ada.
Tepung Boko
Bahan-bahan:
- 2 cawan ubi kayu yang diparut
- 6-8 sudu besar gula
- 1/2 cwn jus pandan dari 3-4 keping daun pandan
- 1-2 titik pewarna hijau
- 1 cawan santan pekat
- 1-2 sudu besar tepung beras
- sedikit garam
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan-bahan lapisan hiaju ke dalam kuali. Kacau sehingga masak. (semua ubi yg disagat membentuk warna jernih). Tuang ke dalam bekas yang sesuai.
- Masukkan semua bahan kepala santan . Masak sehingga pekat. Tuang ke atas lapisan hijau tadi.
"ngap............"
Salam kak! Selamat Hari raya!!! mcm ghupa tepung pelita ya? sedapnya kuih2 mcm niii, mana ler nak carik ubi kayu kat sini huhu.... Otanjyobi omedetou utk cik abe yerr :D
ReplyDelete