Wednesday, September 26, 2012

Bingka Ubi Kayu

Dah tak tahu berapa kali buat bingka ubi kayu ni guna resepi yg sama. Suka sangat dengan resepi ni sebab ianya mudah cuma yg renyahnya nak parut ubi tu la.. Tapi disebabkan kuih ni peberet semua org dalam rumah ni.. Terpaksa ler merajinkan diri memarutnya..


Inilah resepinya...  Terima kasih pd Kak An yg sudi kongsi resipi yg mudah ini

Bingka Ubi Kayu
Sumber : Periuk Tanah

Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang- loyang 4 persegi besar)
  • 4 cawan ubi kayu siap diparut
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
  • setitik dua pewarna kuning telur



Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata. Tambah 1 sudu besar gula lagi jika ingin lebih manis.
  2. Panaskan oven pada suhu 190 darjah api atas dan bawah. Lengserkan loyang dengan margerin.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan. Letak di rak paling bawah dalam oven. Bakar hingga masak selama 1 - 1 1/2 jam. Keluarkan daripada oven bila bingka keperangan di bahagian atasnya.
  4. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Thursday, September 20, 2012

Strawberry Macarons

Strawberry macarons wif vanilla cream..Macarons shells yg kurang menjadi. Banyak benor rongga udara terbentuk... Tapi rasanya tetap sedap.. Bolehlah untuk makan2 sendiri.



Resepi macarons shells ni duk ulang resepi sama je.. Boleh tengok kat sini . Cuma kali ni tak bubuh sebarang pewarna.. hanya strawberry paste sahaja..

Untuk resepi krimnya...

Vanilla cream

Bahan-bahan:
  • 1 biji telur gred A
  • 35g gula kastor
  • 110g mentega
  • 5 cm vanilla bean

Cara-cara:
  1. Masukkan gula dan telur ke dalam mangkuk. Letakkan mangkuk ke atas periuk yg berisi air. Pastikan bahagian bawah mangkuk tidak mencecah air. Panaskan periuk tersebut di atas dapur sambil memukul telur sehingga mencapai suhu 60 degree ataupun terasa panas bila disentuh.
  2. Angkat mangkuk dari periuk. Pukul lagi sehingga sejuk. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil dipukul. Pukul sehingga kembang atau putih.
  3. Belah vanilla beans. Kikis bijinya dengan sudu. Masukkan ke dalam krim tadi. Pukul sehingga rata. Siap untuk digunakan.


 Strawberry macarons wif vanilla cream


Vanilla beans

Ayam Pakpik

Resipi yang pernah dikongsi di Myresipi suatu ketika dahulu dengan nama AYAM PAPRIK.. Tapikan tapikan dulu kita tak tahu pun apa nama sebenar masakan ni. Main follow je nama yg tertulis kat buku resipi... typo erro rupanya..
Nama sebenarnya AYAM PAKPIK . Buku resipi tu kawan MIL yang bagi.. Buku resipi dari persatuan apa entah.. persatuan kaum ibu-ibu ke atau persatuan wanita UMNO ke.. emm entahlah lupa yg pasti persatuan wanita-wanita Pasir Mas.
Buku tu kita siap bawa pergi jepun lagi.. Sebenarnya banyak resipi nak try tapi masa kat sana tak cukup bahanlah pulak... Bila balik sini lupa daaa kat mana letak. Entah-entah tak angkut balik.. huwaaa...


Ayam Pakpik

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 1/2 ekor ayam
  • [ Bahan kisar ]
  • 1 inci kunyit
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili padi
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • sedikit belacan
  • [ Bahan hias ]
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • sedikit garam, gula dan perisa
  • 1 keping asam keping


Cara-cara:
  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Goreng ayam sehingga separuh masak
  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
  4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
  5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya


Wednesday, September 19, 2012

Koleh Kacang Hijau


Koleh Kacang Hijau
Sumber: Che' Iza myresipi

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • 1 cwn santan pekat **
  • 1 cawan gula merah *
  • 2 sb gula pasir *
  • 1 cwn air *
  • beberapa helai daun pandan disimpul *
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

Cara-cara
  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

Wednesday, September 12, 2012

Fettuccine Paprik

Adaptasi resepi dari buku resepi San Remo.


Fettuccine Paprik

Bahan-bahan:
  • 250g fettuccine ( masak mengikut arahan pd peket)
  • 400g isi ayam
  • 1 btg lobak merah - Potong kecil panjang2.
  • 100g kacang panjang ( tak letak pun.. takde stok)
  • 1 biji bawang besar & 3 ulas bwg putih-kisar halus
  • 2 btg serai-diketuk
  • 4-5 biji cili padi-diketuk
  • 2-3 helai daun limau purut
  • daun bawang sebagai hiasan

utk sos(campur bersama) :
  • 10 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 cawan air

Cara-cara:
  1. Panaskan 4 sudu besar minyak masak di dalam kuali. Goreng serai, cili dan daun limau purut selama 1 minit. Tambahkan bawang yg dikisar, tumis sehingga wangi. Masukkan ayam dan lobak merah. Masak selama 2 minit.
  2. Masukkan campuran sos, masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan fettuccine, gaul sehingga rata.
  4. Rasakan garam dan gulanya.
  5. siap utk dihidang. Taburkan daun bawang sebelum menghidang

Saturday, September 8, 2012

Tepung Boko Ubi Kayu

Tepung boko ni salah satu resepi traditional org-org kelate. Boko bermaksud talam. So boleh jugalah kalau nak panggil tepung talam ubi kayu. Tapi tepung talam ubi kayu versi kelantan ni lain sikit. Dia lembik.. takleh nak potong-potong macam yang biasa duk jual kat negeri-negeri lain.

Biasa orang buat kuih ni dengan cara mengukus. Bahagian hijau tu ubi kayu yang diparut or sagat. Kemudian dicampur dgn air pandan dan juga gula. Kemudian dikukus sehingga masak. Tapi my kakak ajar bahan-bahan untuk ubi ni dicampur semua dan dimasak diatas api kecil sehingga parutan ubi bertukar ke warna jernih.

Bahagian atas putih ni org kelate panggil kepala santan ... Santan pekat yang dicampur dengan sedikit garam dan tepung beras. Kemudian dimasak sehingga pekat.


Kat bawah ni resepi tanpa sukatan yg tepat... main ikut byk mana ubi kayu yg ada.


 
Tepung Boko

Bahan-bahan:
Lapisan hijau:
  • 2 cawan ubi kayu yang diparut
  • 6-8 sudu besar gula
  • 1/2 cwn jus pandan dari 3-4 keping daun pandan
  • 1-2 titik pewarna hijau
Kepala santan:
  • 1 cawan santan pekat
  • 1-2 sudu besar tepung beras
  • sedikit garam

Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan lapisan hiaju ke dalam kuali. Kacau sehingga masak. (semua ubi yg disagat membentuk warna jernih). Tuang ke dalam bekas yang sesuai. 
  2. Masukkan semua bahan kepala santan . Masak sehingga pekat. Tuang ke atas  lapisan hijau tadi.



"ngap............"




Thursday, September 6, 2012

Happy Birthday

Happy birthday to my Tukang Kebun ... :D

mesin rumput belakang rumah

peminat setia Tukang Kebun


 red velvet cake from his opismate aka tauke bayu delights

 so yummy... nak nak dpt mkn kek free camni 

Errr mana pulak kek dari isteri terchenta??? TAKDAK... kat rumah takde stok butter .. Ahak boleh tak terima alasan macam ni ... :p

Happy Birthday for my husband and my true love! 
I wish that your demand for my love is never ending!

Wednesday, September 5, 2012

Photo Print

Setelah berkurun duk simpan gambar dalam bentuk soft copy, akhirnya tadi org skynet mai hantar ni...


Gambar-gambar ni semua print kat sini . Selain murah perkhidmatannya memang bagus. Upload gambar ni hari isnin, selasa dorang print dan rabu ( hari ni ) dah dapat... cepatkan.  Masa awal-awal eoe online ni wujud pernah gak 3-4 kali print... pastu stop sampai ler kali ni print semula. Masa tu mungkin kami antara pelanggannya yang terawal. Kalau tengok kat website tu ada gambar kami yg diletakkan kat muka depan website tu.. ahak ada tak orang perasan...

Kali ni hanya print 214 keping je.. makcik tak larat nak upload banyak-banyak daa ;p ... Tak larat nak upload satu-satu.. Software yg disediakan oleh company berkenaan hanya support windows OS dan IE sahaja.. takde utk pengguna Mac..


Blueberry Cheese Tart

Resepi dari tauke blueberry cheese tart. Dah lama duk perap resipi ni. Nak raya hari tu baru buat. Tu pun buat sebab nak bawa balik kg. Kalau tak mesti duk jadi pekasam lagi. Orang dalam rumah ni tak berapa layan sangat.. kalau makan pun sebiji dua je.. tu yg jadi malas makcik nak membuatnya..

Oppss ... sebut pasal raya.. Nak ucapkan Selamat Hari Raya pada yang beraya hari ni.. hihi termasuk ler tuan rumah. Alhamdulillah selesai juga pose selama 6 hari.

 Saiz tart berbanding dgn duit lima posen

Kat bawah ni resepinya dan kalau nak tengok tips ke... cara nak deco ke boleh tengok kat sana

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Muat satu mulut je ni..

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Saturday, September 1, 2012

Biskut Cendawan

Terjatuh cinta dengan biskut cendawan yang kak ita buat.. Lagipun nak mengetes cookie cutter yg tak pernah digunakan. Dah bertahun beli.. masa kat jepun lagi, baru sekarang nak guna. Tapi saya buat takde ler secantik dia.

snap dari balang semekut jer ler.. 
tak sempat nak posing cantik2.. asyik ada gangguan jer

Siap satu adunan.. ya ampun tak nak buat lagi dah. Lama sangat nak dapat siapkannya. Dengan gangguan si budak kecik duk tarik itu, duk tarik ini. Pening paler dibuatnya.. Mungkin dia pun excited tengok biskut kalerpul ni.. Biskut ni dapat sambutan dikalangan kanak-kanak masa raya hari tu..

Resipi kopipes dari blok Masam Manis..


BISKUT CENDAWAN
Rujukan : Naz & Kak Ita
  • 225 gm butter
  • 75 gm gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan Ayak
  • 300 gm tepung gandum atau tepung rose
  • 90 gm tepung jagung
  • 15 gm susu tepung
  • 1 sudu teh emplex
Cara-cara:

  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati
  3. Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
  4. Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung
  5. Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven
  6. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter
  7. Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat
  8. Terap doh dengan acuan cendawan
  9. Susun terapan cendawan atas loyang
  10. Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak
  11. Setelah masak sejukkan
  12. Sekarang kita sediakan icing

ICING

  • 1 biji putih telur
  • 90 gm gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh jus lemon

  1. Pukul putih telur hingga kembang
  2. Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
  3. Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan
  4. Masukkan dalam piping bag
  5. Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi
  6. Hiaslah ikut kreativiti masing-masing
  7. Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit
  8. Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails