Wednesday, December 1, 2010

Sorbet anyone??

Salah satu cara buat eskrem yg paling simple.. Sempena cuti sekolah ni boleh suruh anak-anak buat sendiri. Boleh guna macam-macam jenis buah dlm tin. Saya lebih suka nanas dan laici.. anak-anak pula suka pearch.

Bahan-bahan:
  • 1 tin buah laici, pearch atau apa-apa je lah.
  • 2-3 biji limau kasturi- ambil jusnya... ataupun boleh guna 1/2 biji lemon

    Cara-cara:
    1. Masukkan buahan dlm tin ke dalam freezer. Dengan tinnya sekali. Bekukan dalam 1-2 jam
    2. Keluarkan dari freezer. Kalau terlampau keras/ beku biarkan sekejap. Lepas tu blend sehingga halus. Masa blend tu campurkan dengan jus limau kasturi.
    3. Masukkan sorbet ke dalam tupperware ke tipuware ke.. bekukan semula.
    4. Lepas tu bolehlah makan. Kalau nak dapat sorbet yg lagi smooth.. boleh ulang lagi proses no.2.
    5. Ataupun kalau rajin sikit, lepas balik dari shopping beli buah tin tu... buka dulu tin. Kemudian masukkan sirap dan buahnya ke dlm tupperware. Kemudian bekukan.. Lepas tu boleh terus ke proses no.2.

    2 comments:

    1. sy pun suke peach..ni klu wat eskem malaysia pun sedap ni kan kak...yummy

      ReplyDelete
    2. cikmar.. try wat style sorbet camni.. lg sedap. Tekstur dia lembut kalo nak banding dgn eskrem malaysia tu..

      ReplyDelete

    Latest Update .. ♥

    Related Posts with Thumbnails