Tuesday, December 14, 2010

Coklat oh Coklat !

Kanak-kanak ribena dalam rumah ni suka sangat makan pisang. Kalau beli pisang kejap je dah abih. Tak sempat nak buat apa-apa. Balik pasar hari tu cepat-cepat ambik 5 biji pisang sorok kat dlm peti ais. So sempatlah buat choco banana ni.

Choco Banana

Bahan-bahan:-
  • pisang
  • coklat masakan secukupnya
  • sedikit butter
Cara-cara :
  1. Buka kulit pisang. Cucuk pisang dengan bamboo stick. Masukkan pisang tu ke dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.
  2. Cairkan coklat dan butter. Tak kisah nak guna cara double boiler atau microwave. Asalkan coklat tu cair.
  3. Keluarkan pisang dari peti ais, cepat-cepat celup dlm coklat tadi. Lepas tu bolehlah nak tabur dgn coklat rice ke atau apa2 saja yg sesuai.
** Pisang yg dikeluarkan dari peti sejuk kena cepat2 celup dlm coklat cair supaya coklat yg bersalut dekat pisang tu cepat keras.
** Pisang yg disimpan dlm peti sejuk hendaklah dlm bekas yg tertutup bg mengelakkan ia 'berpeluh' selepas dicelup dgn coklat.



Kalau ada lebihan coklat dan malas nak nyimpannya bolehlah dibuat muffin. Kalau tak abih nak makan muffin tu, boleh bagi kat jiran-jiran. Pasti dorang terima dengan tangan terbuka.. ehehe


Muffin coklat

Resipi muffin ni pernah di paste kat sini sebelum ni.

Bahan-bahan ( 10 biji )
  •  200g coklat masakan
  •  70g mentega
  •  2 biji telur
  •  50g gula halus
  •  60g tepung gandum
  •  1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Note: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


untuk jiran sebelah umah

3 comments:

  1. wahhh banana dip in choc! lg best :)

    ReplyDelete
  2. kak nor.. dah kita tak sekaya datuk CT nak makan strawberi dip in choc selalu.. so meh kita ganti dgn banana.. ehehe

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails