Wednesday, December 8, 2010

Carrot Apple Cake

Terjatuh cinta dengan kek ni selepas tengok kat blog noorsha . Sebelum ni dah pernah tengok kat Rinnchan fotopages . Buat half juga sama macam noorsha dan sama juga dengan noorsha tabur gula aising je kat atas kek tu. Time ada special occasions nanti buleh buat macam kak Rinnchan tu.. letak cream cheese frosting. Mesti lagi sedap.


BAHAN-BAHAN:

  • 2 1/2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 1 1/4 tsp serbuk kayu manis
  • Secubit garam halus
  • 3 /4 cwn gula perang halus
  • 3/4 cwn (atau kurang) gula castor -sape x suke manis kurangkan ke 1/2 @ 1/4 cwn saje
  • 4 biji telur
  • 1 cwn minyak jagung
  • 100gm mentega, dicairkan - aku ganti ngan minyak jagung
  • 200gm lobak merah, diparut
  • 150gm apple hijau, diparut
  • 30gm hazelnut (cincang @ kisar ) -aku guna almond


CREAM CHEESE TOPPING:
  • 250gm cream cheese
  • 4 sudu makan butter
  • 1/3 cwn gula icing, diayak
  • 1 tsp jus lemon
* Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek.

CARA-CARA:
  1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Masukkan kesemua bahan lain.
  3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
  4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
  6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.




6 comments:

  1. WOW, cantiknye whole cake tu kak! Loved it..

    Thanks for wishing Rishie ya ;)

    ReplyDelete
  2. huhu main tayang loyang cantik belaka ni nih.. jeles betul! ehehe

    ReplyDelete
  3. kak yani..sedap kan carrot cake nih...hehe..terase cam nak wat lg jer...tp malas...mintak kat sini sket lah...

    ReplyDelete
  4. sis yani, mcm mana nk elakkan kek carrot tak jd ye?sy fobia nk buat kek carrot.teringin sgt nk buat...tp dulu pernah buat tp jd mcm bingka...resepi tu guna minyak jagung..tqvm

    ReplyDelete
  5. Kak Nor.. loyang lama dah tu.. beli masa kat nihon lagi tp baru 2-3 kali guna ehehe.

    Noorsha.. uih kek tu dah lama buat tp baru tayang kat sini.. dah abih lama dah pungg..

    cikmar dah try kek carrot ni ke?.. kalo blm try yg ni.. senang je.. insya Allah menjadi

    ReplyDelete
  6. kak yani, ira salin yer resipi neh. hihi. b4 nih amek resipi mane2 ntah wat kek carrot, xsedap. huhu. nak cuba yg nih =))

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails