Wednesday, December 8, 2010

Roti bijan

Dah lama buat roti ni. Belek-belek kamera tadi terjumpa gambo ni.


Resipi asal dari resipi roti bulat. Saje tambah bijan kat atas roti. Ni kopipes resipi dari sana.  Tapi roti n i diuli guna breadmaker je... senang >_<

Bahan-bahan ( 8 biji )
  • **Bahan A**
  • 125g tepung roti
  • 2 sk dry yeast
  • 2sb gula
  • 150ml air (suhu bilik- 40C)
  • **Bahan B**
  • 125g tepung roti
  • 1/2sk garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan A. Kacau rata.Masukkan pula bahan B. Gaul sebati.
  2. Keluarkan dari mangkuk. Ulikan di atas papan pencanai
  3. Uli guna kedua-dua belah tangan. Sekali sekala ketuk-ketuk doh pada papan pencanai.
  4. Uli selama 10-15 minit. Guna 2 belah tangan. Tarik-tarik, tekan-tekan dan juga ketuk pada papan pencanai. Boleh rujuk gambar 2. Uli sehingga bila doh ditarik dengan tangan, boleh nampak jari di balakang
  5. Bila dah siap, masukkan semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain basah. Biar naik 2 kali ganda (lebih kurang 20minit)
  6. "Finger test". Celup jari ke dalam tepung. Kemudian tekan pada roti untuk uji sama ada naik ke tidak. Bila nampak lubang tu, dah naiklah
  7. Tumbuk roti untuk keluarkan angin.
  8. Bahagikan adunan kepada 8. Kemudian buat bulat.
  9. Tutup rapat-rapat pada bahagian bawah. Rehatkan 10 minit
  10. Selepas rehat, ambik sebiji roti. Leperkan di atas tapak tangan. Kemudian buat bentuk bulat semula macam gambar 8 dan 9. Penaikkan sehingga 1.5 kali ganda atau 20 minit.
  11. Bakar dengan suhu 180C selama 8 minit

No comments:

Post a Comment

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails