Sunday, December 26, 2010

Taufu Crispy

Taufu goreng try and error. Nama tu main hentam buh sendiri. Kalau ada org lain dah goreng taufu macam ni dan buh nama lain.. harap maaflah yer.. ehehe

Bagi penggemar taufu bolehlah try resipi ni.. kena dengan selera my family. Rasanya sedap. Rangup di luar, lembut di dalam.


Bahan-bahan:-
  • 1 pek japanese pressed tofu
  • 1/2 - 1 cawan breadcrumbs
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam/ cheese powder
  • 1 biji telur
Cara-cara:
  1. Lapkan tofu dengan kitchen paper atau boleh letak kat dlm penyejat. Kalo guna penyejat, biarkan tofu tu kat dlm penyejat dlm 15-20 minit. Biar air kat dlm tofu tu keluar sket..
  2. Pehtu potong tofu kecil-kecil dlm bentuk kiub.
  3. Masukkan breadcrumbs dan serbuk pati ayam ke dlm plastik beg yg bersih. Goncangkan biar bercampur rata.
  4. Celup tofu ke dalam telur. Kemudian masukkan ke dalam plastic bag yg ada breadcrumbs tadi. 
  5. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
  6. Bolehlah dihidang panas-panas

6 comments:

  1. salam kak yani...aum aum aummmmm...enakkk

    ReplyDelete
  2. wusshh.. bab crispy nih yang tak tahan nih..

    ReplyDelete
  3. simple je. tapi nampak sgt sedap. [tgh lapa nihhhh... aduhhhh tempting!!!]

    nanti saye try k.

    ReplyDelete
  4. salam yani,
    penyejat tu apa ya..akak ni kalau bahasa melayu yg chim2 macam gini memang fail..hehe cakap aje orang melayu tapi vocabulary susah2 akak tak reti..japanese pressed tofu tu is it yang tauhu lembik yg boleh goyang gergaji tu ke?..bukan yg dalam tube kan?..yang empat segi putih tu ke?..
    bolehlah masuk list akak suka tauhu2 ni..

    ReplyDelete
  5. salam.. ni kak yani ke? kak yani pasir mas?
    maaf kalu silap org =)

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails